"Read me my schedule for today, Rosie."
Ujarku sebaik sahaja Rosie masuk ke dalam dengan tabnya.
Menyandar dikerusi, aku fokus kepada semua agenda yang aku perlu lakukan hari ini seperti yang disebut oleh Rosie
Hari yang padat hari ini kerana aku akan mula bercuti mulai esok sehinggalah hari Isnin. Bila aku bercuti, aku akan betul-betul bercuti.
Aku tak mahu pekerja aku mengikut cara bekerja di negara ini. Yang mana bila bercuti masih perlu menjawab tentang kerja.
No, no.
Disebabkan aku bekerja dibelakang tabir, tanggungjawab aku lebih banyak dan berat. Di Berlin, identiti aku sebagai anak angkat Charlotte Heinreich sudah tidak asing lagi. Tapi mereka hanya kenal nama.
Tak pernah melihat siapa aku. Aku tak pernah muncul di mana-mana event. Besar mahupun kecil, aku takkan muncul.
Mama Charlotte yang akan mengendalikan semua itu. Dia memang membesar sebagai seorang socialite.
Sejak mama membuat permintaan supaya aku bekerja dengannya sebagai successor seterusnya, aku memberikan syarat.
Aku mahu identiti aku dirahsiakan. Sekurang-kurangnya sehingga aku bersedia untuk muncul di mata semua orang.
Mama juga memberikan syaratnya sendiri. Aku perlu bawa keuntungan sekali ganda kepada syarikat untuk dia approve syarat aku. Selepas setahun lebih setelah bertungkus-lumus, aku berjaya.
Masa yang singkat dan keuntungan yang aku bawa membuatkan mama mengalah. Sejak dari itu, hanya sesetengah orang sahaja yang pernah berjumpa dengan aku.
Melihat wajah terkejut mereka bila tahu yang Helena Heinreich sebenarnya adalah wanita Asia yang berhijab sentiasa menghiburkan hati aku. Manakan tidak?
Mama Charlotte berwajah Eropah dan aku yang sentiasa disebut sebagai anaknya merupakan seorang Asia. Mama tak pernah beritahu aku ini cuma anak angkatnya.
Disebabkan rahsia itu, pejabat aku di sini. Dua tingkat berbeza daripada pejabat staff aku yang lainnya. Hanya manager sahaja yang pernah berjumpa dengan aku.
Setiap kali meeting, aku hanya perlu muncul didalam alam maya dan hanya suara aku yang kedengaran. Tapi disebabkan manager aku sangat cekap, setakat ini aku hanya perlu menyelia dia mengendalikan meeting bersama staff yang lain.
Pada awalnya memang ada yang bertanya kenapa aku tak mahu muncul berhadapan. Tapi lama-lama mereka pun terima sahaja.
Nak cakap banyak pun, aku takkan ubah cara aku. Buat masa sekarang.
Di hujung jadual, Rosie mengingatkan yang manager aku, Daniel, akan datang memberikan report yang aku minta tentang joint venture antara syarikat ini dan syarikat tempatan.
Semuanya berjalan dengan lancar dan kami sudah menemui syarikat yang menepati segala spesifikasi yang aku dan Mama Charlotte mahukan.
"Thanks, Rosie.", ujarku sebaik sahaja dia selesai membaca semua jadualku.
Bila Rosie masih berdiri tegak, aku angkat muka melihat dia. Sepertinya ada sesuatu yang dia nak cakapkan.
"Miss Heinreich.. ich bin.."
Mendengarkan Rosie berbahasa Jerman, aku ikut menukar gear bahasaku. Sejak kami di sini, Rosie hanya menggunakan bahasa Jerman bila dia nak bercakap pasal hal peribadi yang tiada kena mengena dengan kerja.
"Was ist es, Rosie?"
"Bist du in Ordnung? Morgen?"
Wajah Rosie nampak risau. Dia tahu tujuan aku ambil cuti esok. Dia tahu apa yang terjadi sebelum aku datang ke Berlin. Kerisauannya sama dengan mama dan Aldo bila aku beritahu plan aku untuk cuti ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...