BAB 39

959 49 0
                                    

HELENA FATMA

Rosie masuk ke dalam dengan sengihan. Ada bakul yang dihias cantik didalam tangannya. Riben silver terlilit kemas dan ada bunga baby's breath menemani disekeliling bakul.

Cantik.

Tangan aku terhenti dari menulis dengan fokus yang hilang menuju ke bakul itu. Dahi mula berkerut, "Did my husband sent that?"

Laju Rosie mengangguk dan dia meletakkan bakul itu diatas meja aku. Tangannya cekap mengenepikan dokumen diatas meja untuk memberi ruang kepada bakul itu. Dengan senyuman senang, Rosie menghulurkan kad yang terselit.

"Why are you so happy?", aku bertanya sambil membuka samput kad.

Rosie tidak menjawab sebaliknya memanjangkan lagi senyumannya.

Dalam ni ada semua snek yang sayang boleh makan dan baik untuk kesihatan sayang dan juga anak kita. Enjoy!

Love you always, your kacak lagi segak husband.

Aku tergelak membaca ayat akhir itu. Tulisan Han ni. Dia sendiri yang tulis, maknanya dia sendiri yang pergi ke mana sahaja dia beli semua ini. Hailah suami aku ni. Sejak tahu aku berbadan dua, macam-macam yang dia lakukan.

"Open it. I want to see too."

Sengihan Rosie semakin lebar.

"Let's see..", aku membuka riben silver yang diikat kemas tetapi mudah untuk dibuka. Sebaik sahaja terlerai, isinya kelihatan dengan lebih jelas. Ada macam-macam jenis snek.

Yang peliknya, aku jadi terliur hanya dengan melihat semua ini. Padahal bila aku ke kedai untuk mencari sesuatu untuk dibuat kudapan, tak ada satu pun menarik hati.

Semua nampak langsung tak menarik. Tapi apa saja yang dipilih oleh Han, semuanya aku berkenan.

Ini penangan Han ke ni?

"Wow, what a variety."

Rosie mengangguk-angguk sendiri sambil membelek bungkusan yang ada didalam bakul itu.

Semalam Han menghantar bunga. Hari ini ni pula. Siapa yang tak terharu dengan layanan begini?

"I'll take this one."

Rosie meminta diri dengan kenyitan mata selepas dia menyelitkan satu bungkusan snek ke dalam poket blazernya. Ngam pula dengan poketnya. Selit tangan ke dalam poket, dah boleh dapat makan walnut.

Aku baru sahaja habis membelek isi gift basket bila telefon pejabat berbunyi.

"Miss Savoia is here, Mrs. Heinreich.", Rosie bersuara.

"Let her in."

Tidak sampai seminit, Afzan menjengul di muka pintu. Bersama dengan seorang lelaki yang sudah tersenyum lebar sebaik sahaja kami bertentang mata.

Mata aku membesar dek terkejut sebelum laju bangun.

"Cane!"

"You look radiant, Helena!", pujian Cane membuatkan aku tersenyum sendiri. Pujian dari lelaki ini sentiasa ikhlas kerana dia memang susah nak memuji.

"Come, come. Let's sit here.", aku menjemput mereka berdua duduk di sofa.

"You should see her a few weeks back. She looks like a character from Tim Burton's movie. What was it?"

Afzan memetik jarinya dengan kerutan di dahi sebelum matanya berbuka luas, "Corpse Bride was it?"

Laju aku mencubit lengan Afzan tapi dia laju mengelak sambil ketawa mengekek. Cane hanya tersenyum geli hati melihat kami berdua.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang