Sepanjang dalam perjalanan balik ke rumah, kepala aku kosong. Apa yang aku fikirkan sekarang ini adalah aku kena sampai ke Berlin secepatnya. Hati aku tidak tenang.
Mummy terpinga-pinga sebaik sahaja aku sampai ke rumah.
"Helena? Awalnya balik?", mummy melihat ke jam tangannya, "Belum masa makan tengah hari lagi kan?"
"Mummy..", suara aku bagaikan tersekat dikerongkong.
Mummy memegang kedua belah lengan aku. Riak wajahnya bertukar risau.
"Kenapa Helena?"
Aku tarik nafas dalam sebelum kembali bersuara.
"Mama.. her cancer relapsed. Helena kena fly dalam masa dua jam setengah lagi."
"Ya Allah!"
Mummy nampak pucat tapi dia bergerak lebih laju daripada aku. Dia membawa aku ke dalam bilik dan membantu aku mengemas apa yang patut. Aku hanya bawa apa yang perlu. Selebihnya ada disana.
"Doa banyak-banyak, Helena. Semoga Charlotte kembali sihat.", suara mummy sendiri terketar tetapi dia tetap tersenyum, "Helena kena kuat."
Aku anggukkan kepala. Tak berdaya nak balas senyuman mummy.
"Helena dah beritahu Han?"
"Dah call tapi tak berjawab."
Wajah mummy berubah garang dan dia menghela nafas berat. Bagai cuba menahan sabar. Perlahan dia menggelengkan kepala.
"Mummy tak tahu kenapa dengan dia tapi mummy tahu yang Helena tak salah."
"Mummy..", aku cuba nak backup Han tapi mummy laju menjawab.
"Mummy nampak semuanya. Mummy mungkin buat-buat tak tahu tapi mummy nampak semuanya.", dia mengeluh sebelum menyambung lagi, "Helena pergi ke sana dan fokus pada Charlotte. Han, biar mummy uruskan."
Telefon aku berbunyi dan nama Rosie naik. Menandakan dia sudah sampai.
Sebelum aku keluar, aku peluk mummy seeratnya.
"Doakan mama, mummy. I can't lose her too."
Suara aku pecah dihujung ayat. Air mata aku sudah berjuraian.
Mata mummy sudah berkaca bila dia merenggangkan pelukan.
"Charlotte sentiasa dalam doa mummy. Now go and be strong."
*
HAN ILHAM
Dah lima hari Helena balik ke Berlin. Aku terima mesej yang dia hantar. Dia kata dia kena balik ke Berlin.
Tapi aku tak balas. Sebab aku tak tahu apa yang aku perlu katakan untuk dia tinggal di sini. Dia nampak tak sabar untuk pergi jauh dari aku. Tanpa memikirkan masa depan perkahwinan kami.
Aliya beritahu aku beberapa minggu sebelum ini yang Helena akan pulang ke Berlin sebaik sahaja kontraknya di sini tamat. Aku terkejut dan menyangkakan dia menipu. Tapi bila Aliya menyerahkan rakaman suara Helena yang berbual dengan seorang wanita pasal itu, kepala aku kosong.
Itu belum lagi bila dia berikan gambar Helena dengan seorang lelaki. Gambar semasa dia kena ke Berlin untuk mesyuarat di sana. Mereka nampak mesra. Helena tidak pernah ceritakan kepada aku siapa lelaki itu. Dan aku tak pernah nampak senyuman Helena selebar itu kecuali dengan aku.
Memikirkan yang ada lelaki lain melihat senyuman Helena.. aku rasakan seperti diperdaya. Sebab senyuman itu bukan hanya untuk aku.
Aku ingat Helena bahagia dengan aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...