BAB 8

1.2K 51 1
                                    

Tadi aku boleh buat muka straight tapi sekarang ni dari tadi aku sorok muka belakang menu.

Rasa nervous aku dah sampai.

Sebaik sahaja habis kerja, Han membantu aku alihkan semua kertas ke dalam pejabat Puan Muliana sebelum dia bawa aku ke kafe di luar kampus.

Kafe ini comel dan trendy. Aku pun tak pernah tahu ada kafe secomel ini. Nampaknya Han ni minat kafe comel macam ni.

Tak padan langsung dengan rupa.

"Saya terjumpa kafe ni minggu lepas dan terus teringatkan awak. Saya tahu awak suka benda yang comel-comel kan?"

Menu yang aku pura-pura baca sejak pesanan diambil, aku letakkan keatas meja.

Bila masa aku ada beritahu yang aku suka benda comel-comel?

"Zaril yang beritahu saya."

Sekali lagi tanpa perlu ditanya, Han memberikan jawapan. Muka aku ni mudah sangat dibaca ke?

"Ya, muka awak memang senang difahami. Saya dah faham setiap reaksi muka awak."

Han ketawa bila aku kecilkan mata dengan muka tak puas hati. Hmph, mungkin betul muka aku lebih ekspresif daripada yang aku jangka. Aku pun tak sedar.

"Berbalik kepada soalan awak, kenapa saya nak jadi someone special kepada awak?", Han berjeda sesaat sebelum menyambung dengan senyuman, "Sebab saya sukakan awak."

Aduh!

Jantung aku!

Aku nak sorok muka dibalik menu tapi tangan Han lebih laju menjauhkan menu tu dari aku.

Haish.

Kalau dia boleh baca setiap riak wajah aku, susah ni. Aku kena berguru dengan Zarina ni. Dia master poker face.

"Boleh ke saya percaya?", soalku.

Wajah senang Han berubah, "Kenapa pula awak tak percayakan saya?"

"Saya bercakap dari pengalaman. Awak lelaki yang serba sempurna. Well at least pada pendapat saya. Awak sukakan saya sekarang tapi bila awak dah buat saya jatuh hati, awak akan jauhkan diri sebab salah faham kecil or awak bosan. Nope. Not falling for that again."

Aku menggelengkan kepala perlahan. Ada sebab kenapa aku tak begitu mudah untuk menerima confessionnya walaupun wajahnya nampak ikhlas.

Ex aku pun begitu pada awalnya. Lelaki yang kacak dan baik. Pandai ambil hati aku. Sebelum bertukar menjadi seseorang yang berbeza bila dia mula bosan dengan aku.

Salahkan aku pula bila hatinya berubah kepada perempuan lain.

Apa pulak salah kalau dia yang miang? Sorry sikit.

Wajah Han nampak tegang. Kecut perut aku jadinya. Dia nak marah aku ke? Bila Han melihat wajah aku, dia meraup wajahnya dengan keluhan.

Bila dia tunjukkan wajahnya semula, emosinya berubah. Nampak sedikit sedih.

"Saya bukannya marahkan awak. Saya marahkan lelaki yang buat awak berfikir macam tu. What a total idiot, that guy.", Han mengetap rahangnya sebelum menyambung lagi, "Saya tak sempurna, Helena. No, jauh dari tu. Tapi saya sentiasa yakin dengan perasaan saya. Bila saya cakap saya sukakan awak, tolonglah percaya."

Aku diam. Hanya merenung wajahnya. Dia nampak ikhlas.

"I'll bite. Saya percaya tapi lepas tu apa?", ujarku.

Air yang sampai menghentikan niat Han untuk menjawab. Memberikan ruang untuk aku mengambil nafas juga.

Damn. Lelaki ni kata dia sukakan aku?

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now