Cincin yang Auntie Sarimah sarungkan ke jari aku beberapa minggu lepas dah selamat aku simpan ke dalam bekas. Sejak hari itu, Auntie Sarimah nampak tidak bersemangat. Aku tak pasti sama ada kena mengena dengan apa yang terjadi tapi dia nampak sedikit pucat.
Untuk menenangkan hatinya yang masih teringat-ingatkan arwah ibu, aku sesekali datang menjenguknya. Dia tak pernah lagi mengulangi permintaan yang sama.
Aku sepatutnya lega. Tapi entah kenapa aku rasa serba salah. Itu adalah permintaan terakhir arwah ibu. Dan juga permintaan Auntie Sarimah sendiri. Tapi aku dan Han baru sahaja mula nak rapat semula.
"Awak fikir apa tu? Sampai berkerut macam tu? Hmm?"
Wajah Han merenung aku penuh minat bercampur risau. Perlahan aku menggelengkan kepala dengan senyuman nipis.
Aku dah beritahu mereka semua yang aku kembali dengan Han. Risau juga aku kalau mereka semua membangkang. Tapi rupanya, semua menyokong. Sejujurnya, lega hati aku.
"Dia fikirkan kau kut, Han."
Marissa menyampuk dengan senyuman penuh makna. Aku pandang Marissa dengan mata yang dikecilkan. Dia ni kan, tak padan dengan dah habis bersalin. Sentiasa nampak semangat je.
"Nak fikirkan apa kalau ada dekat sini?", Zaril menyampuk dengan muka tak faham.
Sekarang ini kami semua berkumpul didalam wad Marissa. Menjenguk dia yang baru sahaja bersalin. Ngam pula waktu Zaril dan Dinda balik ke Malaysia. Dapatlah uncle dan aunties berjumpa dengan baby Nayla.
"Orang tengah hangat bercinta, duduk sebelah pun rindu.", Dinda menjawab dengan sengihannya.
Aku jegilkan mata dan mereka semua serentak ketawa. Termasuklah Han. Nasib baiklah gelak perlahan. Kalau tak, memang menganggu keamanan Nayla je nanti.
Zarina memberikan Nayla kepada Han pula. Mengambil giliran untuk mengendong dia. Dengan penuh kekok, Han mengambil Nayla.
"Restkan kepala dia dekat lengan kau. Jaga-jaga dengan leher dia. Support belakang badan dia dengan tangan sebelah lagi.", Zarina memberikan arahan sambil perlahan-lahan menyerahkan Nayla.
"Nampak kekok betul.", Zaril ketawa bersama Nazim.
"Almaklumlah, anak tunggal.", Nazim menambah.
"Aku belajar lah ni.", Han membalas dengan jelingan.
Aku mendekat untuk melihat wajah Nayla yang masih nyenyak tidur. Sedikit pun nampak tidak terganggu dengan riuh-rendah didalam wad ini. Sama ada dari bunyi Marissa berlawan cakap dengan Zaril, mahupun Dinda yang berbual sakan dengan Zarina.
"Orang tua-tua kata bau baby baru lahir terutama dekat dahi ni, bau syurga. ", ujarku kepada Han.
Han mendekatkan wajahnya ke dahi Nayla sebelum matanya membulat memandang aku.
"Wangi! Wangi yang lain daripada bauan biasa."
Aku hanya senyum sebelum kembali merenung Nayla. Comel. Usaha ibunya makan semua benda yang dia mengidam membuahkan hasil yang sangat comel. Tak sia-sia Nazim pusing KL malam-malam mencari apa yang Marissa nak makan.
"Anak kita nanti mesti comel macam ni jugak kan?"
Kata-kata Han membuatkan kening aku terangkat tinggi.
"Siapa nak beranak anak awak?", aku menjawab selamba.
"Awak lah.", Han menjawab dengan penuh gedik dengan mata yang dikerdipkan perlahan.
Astaghfirullahalazim. Berilah aku kekuatan dan kesabaran, ya Allah. Dia flirt dengan aku dalam wad ni??
"Ada bau nasi minyak lah."
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...