BAB 52

803 34 0
                                    

"She attempted another disturbance."

Cane membuka cerita dengan selamba. Diatas pahanya ada sepinggan biskut yang sudah tinggal separuh. Itu pinggan kedua.

Ada meja tapi dia letak juga pinggan diatas paha. Takut sangat Afzan kacau dan curi biskut dia.

Walaupun ada banyak lagi dekat dapur sebenarnya.

Ada dalam lapan keping yang aku letakkan didalam pinggannya dan dia makan semuanya. Bagaikan vacuum yang sedut habuk. Laju dan bersih tanpa tertinggal apa-apa. Dan saiz biskut aku bukannya biasa-biasa.

Besar macam cookies Subway tu.

Afzan dan aku memerhatikan Cane yang terus makan dan makan. Ralit macam tengok mukbang.

Bila aku tersedar yang aku terlalu lama merenung Cane, barulah aku bersuara.

"Apa dia buat kali ni?"

Soalku kepada Afzan tapi Cane yang menjawab.

"She tried to choke one of the staffs."

Kening aku naik tinggi. Wow. Perempuan tu langsung tak ada niat nak bertaubat ke? Masih lagi buat masalah.

"You know.."

Afzan bersuara dengan kerutan halus didahi. Lama dia diam bagaikan berfikir sebelum akhirnya menyambung.

"I wonder if she did this with someone."

Aku terkedu. Afzan bukan sejenis yang cakap sesuatu tanpa sebab. Dan info ini membuatkan aku terus rasa tak sedap hati.

"Maksud awak?", aku mula berkerut.

"Saya tahu yang dia upah macam-macam orang untuk buat kacau awak dan Han. Tapi saya rasa yang dia tak bersendirian. Like she's not the only mastermind."

Cane mengangguk-angguk.

"I thought the same thing too. She's cunning yet her methods were quite.. something. Her accomplice that brought Han to that hotel room was still gone. We can't traced him anywhere. Most likely, he was not their staff."

Air liur yang terasa kesat aku telan perlahan-lahan. Mulut terasa kering tiba-tiba. Air yang dihidang Makcik Emma tadi aku capai dan sisip sedikit demi sedikit. Membasahkan anak tekak.

Kalau betul sangkaan mereka berdua, masalah ini masih tidak selesai. Kalau sebelum ini perempuan itu boleh berdiam diri dengan agak lama sebelum buat hal, dia boleh buat sekali lagi. Susah untuk aku uruskan dia sebab keluarga dia mempunyai connection.

Connection yang sanggup buat apa sahaja asalkan poket mereka berat. Aku tahu soal ini kerana aku minta Afzan periksa sebelum ini.

Bukan biasa-biasa masalah yang perempuan tu pernah buat sebelum ini. Tapi semuanya disimpan rapi daripada pengetahuan umum.

Dan..

Tekaan aku betul.

Connection yang dimiliki keluarga perempuan itu memang luas. Sebab itulah semua yang dia buat boleh disapu ke bawah karpet macam tu je.

Disebabkan dia dilindungilah, dia buat macam-macam benda untuk mengganggu ketenteraman aku dan Han. Apa sahaja asalkan aku dan Han tidak akan aman.

Afzan mungkin boleh nampak yang aku mula risau semula. Dia menepuk tangan aku dengan lembut.

"Itu cuma teori. Jangan risau, kami ada. Lelaki tu mungkin salah seorang dari orang upahan dia. Sejak perempuan tu masuk dalam hospital, tak ada apa-apa yang berlaku. Jadi, teori kami berkemungkinan besar salah."

"Yeah. And we're here with you. She can't do anything that easily anymore."

Cane menambah dengan senyuman yakin.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang