Yuhuu, I'm back 🤗
Aku tak tahu apa yang terjadi tapi selepas auntie Sarimah keluar untuk mencari Han, mereka berdua masih ada di luar.
Dah masuk sepuluh minit juga. Sesekali aku terdengar suara kuat yang menjerit. Aku tak dapat dengar dengan jelas. Mungkin sebab aku duduk jauh dari di mana mereka berada.
Tapi yang pasti suara itu bukan datang daripada auntie Sarimah mahupun Han.
Macam pernah dengar suara ni.
Masuk beberapa minit, aku bangun dan mencari mereka. Risau pula kalau terjadi apa-apa dan aku dilupakan di sini.
Tambah pula dengan rasa ingin tahu yang memuncak.
Ternyata mereka berdua ada di dek bersebelahan dengan kolam. Semakin aku mendekat, suara wanita tadi masih ada.
Suara dia rupanya yang terjerit-jerit. Sebegini kuat, aku rasa jiran-jiran pun boleh dengar. Walaupun antara rumah ke rumah lain agak jauh.
Aku menyorok dibalik sliding door dengan harapan mereka tak perasan aku disitu. Sempat aku melihat arah mana aku patut lari bila mereka selesai.
Selesai memeriksa jalan nak lari, aku kembali fokus mencuri dengar.
"Siapa dia, Han? Kenapa you tak boleh beritahu I? I ni isteri you! Just tell me!"
Dahi aku berkerut secara automatik. Eh? Bila masa Han kahwin semula?
"Aliya, kamu dengan Han dan bercerai bertahun lamanya. Kamu merepek apa ni?"
Suara auntie Sarimah jelas dan tegas. Aku menelan air liur yang terasa kesat.
Damn.
Mental note; jangan pernah buat auntie Sarimah marah.
"Mummy.. Liya tak pernah terima penceraian kami. Pada Liya, semua itu tak wujud."
Aliya..?
Aku masih tak dapat lihat wajahnya kerana tertutup dengan langsir. Aku hanya nampak kakinya sahaja.
Wow, panas-panas macam ni dia pakai mini skirt?
Tak risau ke sun exposure dekat kaki tu? Terlebih matahari boleh kena kanser kulit tau tak? Sia-sia je kulit mulus macam tu.
"Ya Allah.. kamu ni bercakap macam tak pergi sekolah. Semua benda dah selesai, apa yang tak wujudnya? Kamu ingat undang-undang syariah tu boleh ditukar sesuka hati ikut duit daddy kamu tu?", auntie Sarimah membalas laju.
Aku dah lama tak tengok drama Melayu tapi macam ni lah skripnya kan? Tak sangka boleh dengar secara langsung macam ni.
Apa yang tak lengkap cuma popcorn.
Tapi aku agak risaukan auntie Sarimah. Naik pula darah tinggi nanti. Sudahlah wajah auntie nampak agak pucat.
"Mummy..", wanita itu merengek tapi dipotong laju oleh Han yang akhirnya bersuara.
"Enough is enough, Aliya. You tak boleh nak buat trick macam ni bila you mula rasa bosan dengan relationship you. Dah lima tahun dah kita berpisah. You asyik buat benda yang sama. Muncul bawa masalah. Hilang bila you dah puas kucar-kacirkan hidup orang. Sudah-sudah lah."
Nada suara Han begitu beku dan asing ditelinga aku.
Hmm, jadi ini nada suara Han bila dia marah? Wajah Han juga nampak tegas. Berbeza dengan dia yang menyengih-menyengih sebelum munculnya bekas isterinya ini.
"Han, just tell me who she is. Susah sangat ke?", jawab Aliya pula.
"Untuk apa? Untuk you ugut-ugut dia? Tolong lah, I dah masak sangat dengan perangai you.", Han menjawab tanpa senyuman sama sekali.
ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...
