BAB 34

991 41 2
                                    

HAN ILHAM

Ketibaan kami ke Berlin disambut dengan Aldo, pembantu mama Charlotte. Wajahnya nampak suram.

"Welcome, Mrs. Sarimah. Mr. Han."

Aldo berjabat tangan dengan aku dan menunduk sedikit kepada mummy.

"I'm sorry for your loss, Aldo."

Suara mummy sedikit terketar. Aldo mengangguk tetapi matanya sendiri berkaca.

"Follow me. We're heading straight to the church. Helena is already there."

Sebaik sahaja kami tiba di gereja dimana upacara pengebumian akan dijalankan, laman geraja dipenuhi dengan kereta. Ada wartawan yang menunggu tetapi di luar pagar. Mereka tidak dibenarkan masuk.

Aldo memberitahu kami yang ramai yang hadir ini adalah saudara terdekat mama Charlotte ataupun kawan-kawannya. Kebanyakan daripada mereka adalah kawan-kawan kerana keluarga mama Charlotte tak ramai.

Kami terus masuk ke dalam gereja. Hanya mengikuti Aldo dari belakang. Suasana suram. Ada ramai orang di bahagian depan dimana keranda diletakkan. Mereka yang hadir silih berganti memberikan penghormatan yang terakhir.

Cahaya dari stained glass besar dibelakang altar menambahkan aura suram. Cuaca juga sedikit mendung hari ini. Jadi cahaya matahari juga terhad. Dari cahaya yang ada jatuh ke arah seorang wanita yang duduk di bahagian paling depan sekali.

Daripada melihat belakang badan saja aku sudah tahu siapa orangnya.

Helena.

Isteri aku.

Kepalanya ditundukkan. Semua orang melirik ke arah Helena tapi dia kekal menundukkan pandangan. Tiada siapa yang mendekati dia. Mungkin memberikan dia ruang.

Semakin aku mendekat, jantung aku mula berdebar. Rasa serba salah yang aku bawa dari Malaysia sekarang semakin membuak-buak.

Pakaian Helena hitam dari atas sehinggalah ke bawah. Tangannya menggenggam sapu tangan putih yang nampak lembap.

"Sayang.."

Dia mengangkat muka dengan perlahan. Sebaik sahaja mata kami bertembung, nafas aku tersekat.

Hati aku rasa bagai digenggam kuat bila aku lihat wajahnya. Matanya merah dan sedikit bengkak. Hidungnya juga merah. Dia nampak penat dan tidak cukup tidur. Wajahnya terlalu pucat. Tetapi apa yang membuatkan aku semakin risau adalah matanya.

Mata Helena kosong. Tiada kehangatan didalam matanya. Dia nampak penat dengan semua ini.

Aku kaku.

Segala benda yang aku ulang dalam kepala jadi kosong. Aku lupa apa yang aku nak cakap selepas melihat kesedihan Helena.

"Helena, sayang.", mummy mencelah dan terus menarik Helena ke dalam pelukannya.

Helena tidak bersuara tetapi dia membalas semula pelukan mummy. Air mata jatuh berjuraian ke pipinya membuatkan hati aku pedih.

Rahang aku ketap kuat. Air mata Helena buatkan hati aku rasa bagai direntap dan dipijak.

Mummy tidak melepaskan Helena jauh dari sisinya. Aku ambil tempat disebelah Helena dan dia tetap menunduk. Merenung tangannya sendiri.

Pengebumian dijalankan lebih pantas daripada kebiasaannya. Kata Aldo, ini adalah permintaan mama Charlotte sendiri. Dia tak mahu upacara yang panjang. Beberapa kali juga dia memberitahu Aldo sejak sebulan yang lepas. Bagaikan tahu yang masanya sudah tidak lama.

Sepanjang upacara berjalan sehingga ke akhirnya, Helena tidak bercakap sama sekali. Hanya air mata yang memberitahu emosinya sekarang ini. Sesekali esakan halus terlepas dari bibirnya. Tangannya aku genggam tetapi dia tidak membalas genggaman aku.

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now