I'm backkkkk. 'Ssup 2022?
Seperti yang aku jangkakan, Aliya mula bertindak yang bukan-bukan. Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi dapat surat layang. Zaman bila ni nak pakai surat layang?
Dia ingat dia pakai surat layang ni, aku tak boleh cari tahu ke siapa? Kelakar betul dia ni.
Itu belum lagi dengan cerita-cerita tentang aku dan Han yang keluar di laman-laman gosip. Selama ini tidak ada siapa yang kisah pun siapa Han kecuali didalam lingkungan bisnes sahaja. Ini tiba-tiba Han dikenali ramai.
Disebabkan aku memang tak banyak muncul di mata umum, agak sukar untuk mencari gambar aku. Itu yang membuatkan laman gosip semakin menggila. Aku hanya mendengar bila Rosie menyampaikan kepada aku. Cerita yang dikarang memang diluar jangkaan tapi pada masa yang sama sangat tipikal.
Sedap ke mengarang cerita yang punca Han bercerai adalah aku? Lebih sedap cerita, dikatanya aku guna bomoh untuk buat Han melekat dengan aku?
Aku malas nak layan. Mereka boleh bercakap dan adakan cerita semahunya. Asalkan tidak menganggu bisnes aku.
Tapi Han.. Dia yang nampak stress dengan semua gosip itu.
Pada aku, kalau aku tak layan, takkan jadi apa. Apatah lagi bila Aliya menyebarkan gosip tanpa kenal siapa aku sebenarnya. Dia masih tak tahu yang aku bukan Helena yang dulu. Sebab aku rasa kalau dia tahu, dia takkan buat cerita macam ni.
"Awak okey?"
Han memusingkan badan menghala ke arah aku sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.
Blur sekejap aku jadinya. Soalan untuk apa tu? Kerja ke?
"Um.. okey je. Awak?"
Aku menyoal sengaja nak berbasa-basi sebenarnya tapi Han menjawab soalan aku dengan dahi yang berkerut-kerut dan mulut yang laju membebel.
Dan dalam masa yang sama dia masih cekap memandu dan mata masih melekat pada jalan. Cuma mulutnya juga sama berjalan laju. Tergelak aku dibuatnya.
"Macam mana saya nak okey bila mereka masih burukkan nama awak? Aliya pulak makin galak sumbat cerita yang tak wujud pada wartawan. Saya ni hanya mampu tengok je dia buat macam tu sebab awak tak bagi saya buat sesuatu. Bila baca komen, makin menyirap darah saya."
Tudia. Panjang komen Han.
"Jangan lah baca kalau macam tu.", aku menjawab dengan senyuman.
Han memuncung tanpa sedar. Dia takkan mengaku bila aku cakap dia suka memuncung atau 'pout' macam tu.
"Awak betul tak nak ambil tindakan? Saya boleh uruskan semuanya. As long as you give me a green light."
Teringat pula aku pada ugutan Han kepada Aliya dulu. Nampaknya Han ada caranya sendiri untuk mengekang Aliya.
"Awak tak percayakan saya..?"
Suara Han yang rancak tadi berubah perlahan. Matanya beralih dari jalan ke arah aku untuk beberapa saat sebelum kembali fokus.
Perubahan suaranya tak begitu ketara tapi bila kami berdua sahaja didalam kereta ini, aku boleh baca semua emosi Han dengan jelas.
"Saya tahu yang banyak saya kena buktikan kepada awak tapi kalau awak just percayakan saya untuk ini, saya-"
Aku potong cakap Han yang mula semakin panjang, "Okey."
Han terpinga-pinga beberapa saat sebelum nada suaranya berubah semula, "Okey..?"
"Ya, okey. Awak buat lah apa yang patut."
Bila Han diam beberapa saat, aku menoleh ke arah dia.
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...