BAB 7

1.2K 53 0
                                    

Mata aku melekat diatas kertas-kertas yang bertimbun didepan meja diluar bilik pensyarahku.

Banyak betul.

Memang rezeki puan lah aku datang ke sini hari ni.

Patut lah dia menyengih je bila aku datang tadi. Bukannya nak buat apa pun, puan minta tolong aku stapler kertas ni je.

Tapi nak susun dan stapler semua ni, ambil masa. Tenaga yang ada cuma aku seorang. Pada mulanya aku buat dengan puan tapi..

Puan Muliana ada emergency yang melibatkan suaminya. Aku tak bertanya dengan lebih lanjut bila melihat wajah pucatnya.

Dari tadi juga sejak Puan Muliana meninggalkan aku di sini, seorang demi seorang manusia lalu-lalang mencuri memandang aku. Baik pensyarah mahupun mahasiswa yang ada urusan di pejabat ni.

Pelik sangat ke tengok aku yang bosan stapler kertas menggunung ni?

Beban kerja sudah suku berjalan bila nama aku diseru perlahan. Suara yang memanggil memang sudah melekat dalam kepala.

Aku kenal sangat suara ni.

Aci tak kalau aku buat tak dengar? Buat macam dia tu bayang-bayang je?

Aku tak berdaya lah nak melayan dia hari ni.

Malas.

"Helena..."

Aku tak dengar. Aku tak dengar. Aku tak dengar.

"Helena!"

Suara macam nak berbisik tapi kalau macam ni, semua orang boleh dengar.

Aku berpusing mencari punca suara dengan muka malas. Wajah si dia nampak berbunga bila aku berikan perhatian yang dia mahukan.

"Nak apa?"

Han menyengih mendekati aku.

"Garangnya?"

Segak berbaju Melayu serba biru periwinkle. Kena dengan kulitnya yang cerah. Ini mesti baru balik solat Jumaat ni.

Buat tak dengar, aku kembali buat kerja aku. Cepat siap, cepat balik bilik.

Siapa je yang rajin datang ke fakulti di petang Jumaat yang tak ada kelas ni? Semua orang dah balik kampung tau. Dalam bilik pun tinggal aku seorang je. Marissa dan Dinda dah balik.

Aku je yang rasa tak nak balik. Sebab kalau aku balik, aku tak nak datang sini dah.

Nak melekat dengan ayah.

Tanpa diajak, Han duduk disofa berhadapan dengan aku. Terasa macam tembus kepala bila matanya melekat diwajahku. Tak payah tengok pun aku tahu dia renung aku.

Itu lah kerja dia sejak dari dalam kelas seminggu yang lepas. Di mana aku pergi, ada je dia. Tengah tunggu aku pandang dia.

Bila aku terpandang, laju je dia senyum. Rasa sakit hati yang tersimpan, aku buat tak nampak. Macam dia tak wujud.

Macam yang dia buat kepada aku.

Sakit pulak hati aku dengan perubahan perangainya.

"Awak buat apa ni?"

"Bersawah."

Macam aku buat lawak standup comedy, Han ketawa kecil. Suka betul dia. Apa lah masalah dia ni?

Dah berapa minggu muka masam.

Sekarang ni duduk depan aku bergelak ketawa macam aku ni best friend forever dia pula?

Kena sampuk ke petang-petang ni? Patut ke aku panggil ustaz?

"Boleh saya tolong awak? Saya pun tak ada benda nak dibuat."

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now