BAB 30

1.2K 45 0
                                    

Han duduk didepan aku. Merenung jarinya sendiri. Bagaikan ada jari kesebelas di situ. Selepas kami solat Isyak bersama, dia mengajak aku duduk dipatio. Siang tadi dia kata nak ceritakan sesuatu.

Jadi aku agak sebab itulah wajahnya nampak bermasalah. Aku hanya mengikut dia tanpa bertanya. Membiarkan sahaja Han mencari kekuatan. Sebab dia nampak memerlukan kekuatan. Untuk bercakap.

"Han.."

Aku sentuh tangannya. Mata kami bertembung.

"Kalau biy rasa benda ni susah nak diluahkan, take your time. Kalau susah nak luahkan, simpan dulu. Masa kita panjang lagi, in sha Allah."

Wajah muram Han bertukar tenang. Senyuman kecil di bibirnya muncul.

"In sha Allah.", Han mengulang perlahan.

Tangan aku tadi digenggam dan disulam dengan tangannya sendiri. Kali ini dia merenung jari aku bagaikan ada sesuatu yang abnormal di situ.

Sekali lagi aku tunggu. Tunggu sehingga dia mengumpul semangat untuk buka mulut.

"Biy tak tahu macam mana nak buka cerita. Sebab luka lama sayang mungkin akan muncul semula."

Aku boleh agak apa yang Han nak ceritakan. Kalau luka lama, hanya itu sahaja yang muncul didalam kepala aku.

"Sayang ready?", soal Han.

Kepala aku anggukkan. Han ambil nafas dalam sebelum mula bersuara.

"Sayang masih ingat masa biy hilang selama seminggu dan muncul balik dengan... dia?", Han berjeda dengan mata yang merenung aku.

Betul kata Han. Dia baru buka cerita. Tapi aku dah boleh ingat semula bagaimana sakitnya hati aku waktu itu. Walaupun sudah bertahun, semua itu masih fresh didalam ingatan aku. Han hilang lama dan kemudian dia kembali bersama Aliya. 

Dengan cincin dijari manis masing-masing. Mengesahkan yang dia dan Aliya sudah berkahwin dalam masa yang singkat dia menghilang.

Hari itu, hari malang berganda-ganda kepada aku. Hari di mana aku rasa seperti aku hilang segala-galanya. Satu-satunya ahli keluarga aku yang tinggal dan juga Han.

Han mengucup belakang tangan aku secara tiba-tiba. Matanya nampak sedih.

"Maafkan biy. Sebab waktu tu, biy dah lukakan hati sayang."

Aku tak menjawab. Bukannya tak nak jawab. Tapi tak ada perkataan yang muncul. Kepala aku kosong. Yang hanyalah memori waktu itu.

"Sayang..", Han memanggil aku lembut. Ada nada risau didalam suaranya.

Memandang wajahnya, aku senyum kecil. Cuba menenangkan dirinya dan aku sendiri sebenarnya.

"Sayang maafkan biy."

Ucapan aku jujur dan ikhlas. Walaupun luka masih terasa jika diusik, aku bertekad nak biarkan semuanya. Usah dikenang lagi.

Han merenung wajah aku. Mencari kepastian. Bila dia rasa yakin, barulah dia kembali bersuara.

"Minggu tu.. adalah minggu yang paling mencabar untuk biy. Mentally."

Han mengeluh berat. Wajah kembali muram. Dia merenung ke arah halaman yang gelap. Tanpa memandang aku, dia kembali bersuara.

"Daddy panggil biy balik. Dia kata ada benda yang perlu dibincangkan secepatnya. Sampai je dirumah, keluarga Aliya ada di sini. Ayah Aliya cakap yang biy dah buat Aliya mengandung dan kami kena berkahwin secepatnya."

Darah aku berderau mendengar kata-kata Han. Mengandung??

"Sayang percayakan biy, kan?"

Han kembali memandang aku. Matanya nampak sedih dan riak wajahnya risau. Jadi, aku tepuk perlahan tangannya dengan senyuman.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang