BAB 26

1K 46 0
                                    

"Wife.."

Aku berpaling memandang Han yang sedang duduk diatas katil kami. Matanya merenung aku dengan wajah bermasalah.

"Kenapa?"

Aku hentikan kerja mengemas baju ke dalam almari dan menapak ke arahnya. Tangan Han sudah naik menggamit ke arah aku. Bila aku sambut tangannya, dia menarik aku dengan lembut untuk duduk disebelahnya.

"Awak betul tak kisah duduk dekat sini?"

Soalan yang sama diulang oleh Han. Selepas majlis kami selesai, aku dan dia pulang ke rumah keluarganya bersama mummy. Sebelum kami kahwin, dia mencadangkan kami tinggal di rumah lain tapi aku menolak.

"Mummy kan seorang je dekat dalam rumah ni kalau kita duduk rumah lain. Tambah pula kesihatan mummy tak tentu, jadi ada baiknya kita ada di sini sekali."

Dah macam skrip sebab aku ulang benda yang sama.

Setiap kali Han ulang soalan yang sama, aku juga berikan jawapan yang sama.

Sebab pendirian aku masih sama.

"Saya takut kalau awak tak selesa. Siapa yang selesa nak duduk dengan ibu mertua terutamanya baru je kahwin?", soal Han.

"Mana awak dengar pasal tu?"

Han menyengih, "Staff saya."

"Itu orang yang mungkin tak selesa dengan keluarga mertua dia. Berbeza dengan saya. Mummy layan saya dengan cukup baik dan saya pula percaya bila kita ikhlas layan orang lain dengan baik, in shaa Allah semuanya akan baik-baik je."

Han mengangguk faham.

Tangan aku dibawa ke pipi dan digesel lembut macam anak kucing. Mata Han bersinar memandang aku.

"Bertuahnya saya dapat wife macam awak."

Aku ketawa kecil. Pujian random memang tak lekang dari seorang Han Ilham.

"Tapi kan.", Han tiba-tiba tegak semula dengan mata yang dikecilkan.

Aku angkat kening. Kenapa dia pandang aku macam aku buat hal ni?

"Kenapa awak masih pakai tudung ni? Dalam rumah ni aurat awak terjamin tau."

Tangan aku naik menyentuh kepala sendiri.

"Eh? A'ah lah, saya pakai tudung lagi.", aku mentertawakan diri sendiri sebelum menyambung, "Masa awak mandi tadi, saudara awak datang hantar hadiah yang tertinggal. Lupa nak cabut tudung."

Sepupu Han datang semasa dia mandi. Aku ingatkan tak ada barang yang tertinggal tapi terlepas juga beberapa hadiah dari tetamu.

Bibir Han menjungkit dihujung. Senyuman yang nampak lain macam.

"Jadi.. awak tak nak buka ke?"

Soalan Han tiba-tiba buat aku rasa sedikit panik. Selama aku dewasa, tak pernah lagi mana-mana lelaki nampak rambut aku. Entah kenapa rasa berdebar lebih kuat daripada masa dengar Han lafaz akad siang tadi.

Lepas pulang ke sini dari hotel tadi, aku terus mandi manakala Han melayan saudaranya yang ikut menghantar kami pulang. Semasa aku solat, dia pula mandi. Masa dia solat, aku pula baru naik semula ke atas.

Jadi Han memang masih belum nampak rambut aku sama sekali.

Bila tangan Han naik untuk membuka tudung, tangan aku pula melekat memegang kepala.

"Awak nak tidur pakai tudung ke?", Han ketawa kecil.

"Um..."

"Saya kan suami awak.", suara Han meleret dan lembut.

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now