Enjoy guys 😘
HAN ILHAM
Kehadiran Axel memang tepat pada masanya. Dalam waktu begini lah aku kena fly ke Indonesia untuk menyelesaikan masalah di sana.
Walaupun aku cuma kena pergi selama tiga hari, tetap hati rasa tak tenang. Helena tidak tahu yang dia didalam bahaya sekarang. Aku tak mahu dia tahu walaupun aku tahu dia akan marah kalau dia tahu pasal ini.
Aku tak mahu dia stress lagi. Dia tak patut dibebankan dengan masalah daripada masa lampau aku.
Axel berjanji akan sentiasa perhatikan Helenan selama aku ada di sini. Lagipun tujuan dia ke Malaysia kerana nak mengetahui cara kerja di sini. Dia sudah berjanji dengan mendiang mama Charlotte untuk membantu Helena dalam bisnes. Mereka pun sudah bagaikan keluarga.
Aku boleh percayakan dia kerana matanya tajam bagaikan helang. Itu belum lagi bab sense dia. Memang betul tajam. Apa sahaja yang boleh menganggu Helena, dia akan perasan terlebih dahulu.
Sampai sahaja di hotel, aku terus menghubungi Helena. Baru beberapa jam tak nampak wajahnya, aku dah rindu. Nazim selalu gelakkan aku bila aku cakap aku rindukan Helena. Tapi nak buat macam mana? Kepala aku memang dipenuhi dengan Helena.
Dalam dua kali deringan, panggilan diangkat dan suara indah itu memberikan salam. Bibir aku tersenyum secara automatik. Hati mula rasa tenteram.
"Biy?"
Helena memanggil aku bila aku hanya senyap.
"Biy? Are you okay?"
Ah.. Dengar nada risau Helena buatkan aku rasa bahagia. Dah angau sangat ke aku ni?
"Biy. Jangan main-main. Nanti kalau sayang masuk hospital lagi sebab stress, it's on you. Again."
Kali ini aku tergelak.
"Okay, sorry. Biy cuma tengah menikmati suara sayang. Rindu."
Kali ini Helena pula yang ketawa. Geli hati dengan kata-kata aku walaupun aku tak bergurau. Aku memang betul-betul rindukan dia. Tak main-main.
"Apa lah biy ni. Macam dah berminggu tak jumpa."
Aku duduk tegak diatas katil, "Beberapa jam pun rasa macam berminggu tau. Rasa macam nak fly balik Malaysia sekejap ni jugak."
Helena gelak lagi. Aku senyum sendiri. Ketawa Helena membawa ketenteraman kepada aku memandangkan Helena lebih kepada yang suka tersenyum daripada ketawa. Jadi bila dia ketawa, aku rasa lebih bahagia. Sebab aku, Helena ketawa.
"Biy kena kerja. Tanggungjawab kena jaga betul-betul. Jangan nak curi tulang okay."
"Baik, sayang.", aku menjawab tanpa teragak-agak.
"Now, that's my love. Sayang nak kena attend meeting ni. Kita cakap lagi nanti okay?"
Aku senyum lebar, "Tunggu biy call, okay?"
Telefon dimatikan terlebih dahulu oleh Helena. Setiap kali aku call dia, memang aku takkan letak dulu.
Hari aku mula sibuk sebaik sahaja keluar dari hotel. Jadual aku padat. Cepat buat kerja, cepat balik. Aku tahu semua orang tengok aku yang asyik perhatikan telefon. Tapi hanya aku yang tahu kenapa. Aku risau kalau Aliya mencari peluang ketika aku tiada di samping Helena.
Tak ada apa-apa perkembangan dari Axel mahupun pasukan sekuriti yang menjaga Helena. Maknanya semuanya baik-baik sahaja. Tapi aku tetap risau.
Selagi aku tak tahu di mana dia berada, selagi itulah aku akan tetap berjaga-jaga.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...