BAB 64

1K 30 0
                                        

Aku masih lagi membaca dokumen yang dibawa oleh Afzan dan Cane.

Cane dan Afzan ada di sofa berhadapan dengan aku. Sebaik sahaja sampai, dia terus mendapatkan Fahd.

Tak sangka lelaki macho seperti Cane boleh jadi softie bila ada bayi didalam pelukannya. Bila Cane mula baby talk, Afzan sudah menggelengkan kepala.

Letih agaknya tengok sepupu sendiri.

Aku biarkan sahaja mereka berdua melayan Fahd yang masih tidak tahu apa.

Han yang duduk rapat disebelah aku hanya berdiam diri. Tapi aku tahu dia sedang merenung aku.

Aku boleh rasakan.

"Can't you let me read in peace?"

Tanpa memandang Han, aku bertanya.

Tiada jawapan.

Cuma beberapa saat kemudian, aku terima jawapan Han.

Elok dia menggesel kepalanya di bahu aku. Tangannya elok diselit ke lengan aku. Manja semacam.

"Tak nak."

Kali ini aku rasakan pandangan mata dari depan. Siapa entah yang tarik nafas terkejut.

Bila aku angkat muka, Cane terlopong memandang Han. Sementara Afzan buat-buat tak nampak dengan melayan Fahd.

"You're being disgustingly sweet."

Hidung dan dahi Cane berkerut. Muka geli melihat tingkah Han.

Tapi Han langsung tak kisah.

Han hanya menyengih dan memeluk aku dengan lebih erat. Tangannya diubah memeluk pinggang aku pula.

"Jealous much?", soal Han.

Sengaja nak mengusik.

"Huh? Why would I?", Cane menggeleng kepala.

"Dia cemburu la juga. Sebab orang lain ada pasangan masing-masing tapi dia bakal jadi anak teruna tua."

Komen Afzan membuatkan aku tergelak.

"Hey!"

Cane menjeling Afzan yang menyengih. Han sudah galak menggelakkan Cane. Suka pula dia.

Aku kembali meneliti dokumen didalam tangan aku. Sebaik sahaja aku fokus, apa yang mereka bualkan tidak lagi masuk ke telinga aku.

Sebab apa yang aku baca sangat mengejutkan.

Semakin aku baca, semakin dalam kerutan dahi aku.

Apa semua ni?

Macam mana mereka boleh tergamak buat sesuatu yang macam ini?

Takkan ada orang-orang seperti ini dizaman sekarang?

Lama juga aku baca sampai habis semuanya. Apa yang tinggal selepas habis adalah rasa tidak percaya.

Bila aku akhirnya sandarkan badan ke sofa, Han ambil dokumen itu dan letakkan diatas meja.

Dia bagaikan tahu apa kesan dokumen itu kepada aku. Maknanya Han sudah tahu terlebih dahulu.

Wajahnya bertukar risau. Aku tidak sedar bila mereka berhenti berbual.

Mata aku sedikit berair. Laju aku pandang ke siling untuk mengelak air mata daripada jatuh.

"Sayang..."

Suara Han lembut. Terselit nada risau.

"Macam mana..", suara aku tersekat, "Dia cuma budak kecil."

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang