BAB 54

801 35 0
                                        


Keluar sahaja dari bilik meeting, staff mula datang berjemaah satu demi satu.

Mendoakan aku agar dipermudahkan untuk bersalin. Ada staff yang dah berpengalaman kongsi tips. Banyak tips yang mereka berikan dan aku sangat-sangat bersyukur untuk itu. Tambah pula, semakin dekat dengan due date, semakin risau aku jadinya.

Ada staff yang memuji Han. Sesuatu yang aku rasa agak susah untuk aku terima sejak kebelakangan ini. Aku tahu suami aku didalam kategori kacak.

Manusia mudah tertarik dengan sesuatu yang indah untuk dipandang. Aku faham. Sebab aku juga manusia biasa.

Tapi entah kenapa.. Sejak mengandung ni, aku rasa aku makin sensitif. Bukan pada diri sendiri tapi kepada Han.

Bukan sekali dua aku perhatikan wanita lain perhatikan suami aku dari atas ke bawah. Dari semua segi. Lupa terus aku sebagai isterinya disebelah. Tanpa rasa malu mata meneliti suami aku. Kadang-kadang aku rasa macam nak sorok je Han dekat rumah. Tak nak sesiapa pandang dia.

Possessiveness yang aku sendiri tak sedar aku ada.

Aku tak biasa dengan rasa macam ni. Pelik.

Bila aku jujur kepada Han tentang emosi baru ni dengan harapan dia boleh bagi idea untuk aku jadi rasional semula, dia boleh sengih je.

Nampak bahagia sangat walaupun aku ni tersepit dengan emosi baru ni.

Masalah betul suami aku ni.

Sebaik sahaja aku turun ke lobi, melilau aku mencari dimana Han. Di mana dia..

Mata aku jatuh ke arah Han yang ada di reception center. Dahi mula berkerut dengan sendiri. Hati mula tak sedap.

Anak dara mana pula yang nak mengorat suami aku hari ni?

Lobi agak lengang dan suara ketawa manja receptionist bergema. Ini receptionist baru. Sebab yang lama sudah dinaik pangkat menjadi kerani. Daniel dah maklumkan kepada aku baru sahaja tadi bila aku bertanya mana receptionist lama.

Han berdiri tegak disitu dengan senyuman.

Aku tak tahu Han boleh tersenyum seikhlas itu kepada wanita lain selain aku dan mummy.

Dada tiba-tiba rasa bagaikan ditekan. Perasaan yang aku tak suka datang lagi.

Bila Han ketawa kecil dalam masa yang sama wanita itu menggosok lengan Han, rahang aku terasa tegang.

Aku tak suka.

Mereka berbual tentang sesuatu di dalam majalah yang terbentang didepan mereka. Mata Han melekat dimajalah tu tapi perempuan tu merenung Han macam nak ditelan.

Sekali pun dia tak pandang tempat lain selain wajah Han.

Tangannya elok menyentuh Han. Melingkar dan sesekali menggosok lengan Han tanpa rasa segan sama sekali.

Siapa perempuan ni?

Kenapa mereka nampak mesra? Di tempat public macam ni?

Bagaikan tahu mata aku melekat ke arah mereka, Han menoleh ke kiri dan bibirnya melebar.

"Sayang!"

Bergema suara Han.

Aku tak balas. Sebab mata aku masih melekat ke arah dimana tangan perempuan itu elok melekat di lengan Han.

Han ikut ke mana aku pandang dan matanya membulat. Seakan baru sedar yang tangan dia jadi tempat landing perempuan yang bukan isterinya.

Siap usap-usap lagi.

Apa yang Han tengok sampai dia tak sedar langsung?

Han laju menarik lengannya daripada perempuan itu. Wajah mesranya hilang. Yang ada cuma wajah beku dengan kerutan di dahinya.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang