Identiti aku yang dirahsiakan selama ini sudah lama terbongkar. Dengan rela. Jadi, ada masanya memang aku akan turun padang ikut serta ke mesyuarat. Tidak lagi hanya mendengar dan hadir dari jauh.
Macam hari ini. Kalau ikutkan, Daniel yang akan menghadiri mesyuarat hari ini bersama Rosie. Tidak ada kepentingan untuk aku ada di sana secara langsung. Tetapi pagi ni, Daniel memaklumkan kepada aku yang dia terlibat dalam kemalangan kecil.
Jadi aku berikan cuti kepada dia dan akan menggantikan dia ke mesyuarat. Mujur juga kerja aku hari ini tidak banyak macam selalu jadi tiada masalah untuk aku keluar.
Berulang kali Daniel berterima kasih kepada aku didalam telefon. Kelakar pun ada.
Sampai sahaja di syarikat yang sepatutnya kami bermesyuarat, aku sudah mula berkerut. Pelik. Tidak ada sesiapa yang menyambut kami. Walaupun Rosie dah maklumkan kepada penyambut tetamu.
Rosie nampak tidak terkesan. Cuma, dia nampak annoyed.
Aku dan Rosie duduk menunggu sambil melihat staff ke sana ke sini. Dah masuk lima belas minit dan masih tiada siapa yang menjemput kami masuk. Ini memang pelik.
Aku bukannya berlagak. Tetapi syarikat ini yang menawarkan proposal kepada kami. Syarikat aku tidak terkesan kalau mereka tidak bekerjasama dengan kami. Tetapi sebaliknya. Kerja keras Mama Charlotte selama bertahun memastikan syarikat ini agak terkenal.
Bekerja dengan mama sendiri, aku tahu bagaimana serius dan tegas bila dia mengendalikan syarikat. Dan aku tahu. Kalau mama tahu begini wakil syarikat dilayan, dia akan blacklist syarikat ini daripada bekerjasama dengan kami lagi.
"Terima kasih sebab menunggu. Mari ikut saya ke bilik mesyuarat."
Penyambut tetamu tadi mengisyaratkan kami ikut dia sebelum dia terus berjalan laju ke depan. Aku pandang Rosie. Dia menggelengkan kepala dan mengeluh. Jarang betul aku dengar dia mengeluh.
Kami ditunjukkan bilik mesyuarat dan penyambut tetamu tadi hilang. Tanpa memberitahu apa-apa lagi. Mata aku melilau memerhatikan seluruh bilik sebelum duduk. Rosie mengambil tempat disebelah aku.
"You don't tell them I'll be here?"
Rosie menggelengkan kepala.
"And why is that?", soalku lagi.
Rosie memandang ke pintu sekilas sebelum merapatkan jarak diantara kami.
"The last time Mr. Daniel and I came here, they were so late and very unapologetic. Just like today."
Tinggi kening aku naik. Jadi ini bukan kali pertama. Kenapa macam sengaja je ni?
"They used their title as an excuse. I wonder why. Because Mr. Han never acts like them. We were told that they're a part of the royal family so we have to respect them. If they are late, we can't say anything and just accept it."
"What"
Makin dalam kerutan dahi aku.
"Is it true, Mrs. Heinreich? That is the way of people with connections to the royals here?", soal Rosie lagi.
"I'm not sure myself."
Aku pernah dengar pasal benda begini. Salah guna gelaran. Ini adalah bisness. Gelaran itu memang memberikan prestij kepada syarikat. Tetapi mungkin di Malaysia. Syarikat aku tidak pedulikan semua itu. Apa yang penting adalah kredibiliti dan juga tata kerja. Apa guna ada gelaran tetapi kerja cacamarba?
"Why didn't you tell me about this?"
Aku renung Rosie sambil berpeluk tubuh. Kadang-kadang dia ni agak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Apatah lagi bila bab budaya dan peraturan di negara asing seperti Malaysia.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...