BAB 49

748 42 1
                                    

HELENA FATMA

Aku tahu Han dah boleh ingat apa yang terjadi malam tu. Dia menidakkan tapi dah tiga malam aku terjaga kerana dia.

Malam ini sekali lagi Han bermimpi buruk.

Mimpi Han membuatkan dia nampak sangat terseksa walaupun matanya masih terpejam. Peluh merinik penuh di dahinya. Baringnya juga tak diam. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Mulutnya menggumam sesuatu yang aku tak dapat tangkap.

Hati aku rasa pedih bila melihat dia dalam keadaan begitu. Perlahan aku menggoyangkan lengannya.

"Biy.. bangun."

Mata Han masih rapat terpejam.

"Biy, bangun.."

Sekali lagi aku menggoyangkan lengannya. Peluh yang membasahi dahinya, aku lap dengan hujung lengan baju.

"Biy.."

Lembut aku elus wajahnya.

Suara aku perlahan tapi sudah cukup untuk membuatkan dia terjaga. Seperti malam sebelumnya, Han tercungap-cungap sebaik sahaja dia terjaga. Matanya meliar memandang bilik yang ditemani cahaya malap dari lampu tidur disebelah aku.

Tangan Han naik meraup wajahnya. Keluhan berat keluar dari bibirnya.

"Biy bangunkan sayang sekali lagi ke?"

Suaranya sedikit kasar.

Aku tak menjawab. Sebaliknya, aku ambil air yang memang sudah tersedia untuk Han sebelum aku serahkan kepada dia. Bibirnya menggumam terima kasih sebelum dia menghabiskan air didalam gelas itu. Dia meletakkan gelas ke meja disisi katil sebelum kembali memandang aku.

"Sayang?"

Dia nampak risau. Sedangkan aku yang patut risaukan dia.

"Tak lah. Sayang memang nak bangun pergi bilik air.", aku akhirnya jawab soalannya tadi.

Sudah pastinya aku menipu. Aku dah bangun ke bilik air setengah jam yang lepas. Aku baru nak terlena semula bila Han mula bergerak-gerak disebelah aku.

Han merenung aku lama sebelum dia menunduk. Suaranya begitu perlahan dan hampir sahaja aku tak dengar.

"I'm sorry."

Aku tahu yang dia bukan meminta maaf sebab dia mengejutkan aku. Tapi dia meminta maaf untuk semua yang terjadi. Sekali lagi aku menggelengkan kepala.

"Tak ada apa sebab untuk biy minta maaf."

Han depakan tangannya tapi hanya separuh jalan sebelum dia bangun. Berkerut aku melihat apa yang dia nak buat. Bila dia masuk ke dalam wardrobe dan kembali dengan baju lain, baru lah aku faham.

Bajunya tadi basah dengan peluh. Dia tukar dengan yang baru.

Aku senyum nipis bila Han kembali baring dan dia mendepakan tangan. Disebabkan perut aku yang besar, aku letakkan kepala diatas lengannya dengan badan yang membelakangkan Han.

Han tarik maternity pillow yang ada disebelah aku rapat ke perut. Selepas dia berpuas hati, barulah dia baring semula. Sempat dia kucup pipi aku sebelum dia baring sepenuhnya.

Tangannya mengusap perut aku dengan lembut. Segala kerisauan aku terbang dengan sentuhannya.

"Sayang selesa tak?", soalnya perlahan.

Aku ketawa kecil.

"Perut macam ni, baring macam mana pun rasa serba tak kena.", jawabku.

Nak baring terlentang, aku rasa macam dihempap dek perut sendiri. Maternity pillow ini banyak membantu. Tapi ada masanya, semua rasa serba tak kena. Tak ada apa yang aku boleh buat kecuali bersabar dan terima semua dugaan ini.

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now