BAB 25

1.2K 50 2
                                        

"Han memang all out eh?"

Tangan Marissa masih menyentuh lembut baju nikah/resepsi aku. Kami berempat berdiri menghadap baju itu sejak pembantu Han membawa masuk baju ini. Berkongsi rasa tidak percaya dan kagum.

Siap sahaja bersolek, aku menyertai mereka untuk melihat keindahan baju ini.

Jadi inilah yang buatkan Han giat membaca majalah pengantin melebihi aku sendiri? Patut lah dia tanya aku kalau aku benarkan dia uruskan pakaian aku dihari pernikahan kami. Lepas tu dia giat bertanya warna, jenis kain dan juga rekaan yang bagaimana aku suka.

Mulanya aku ingat dia sekadar mahu ambil tahu sebelum menyampaikan kepada pereka. Rupa-rupanya dia sendiri yang reka baju ini.

Hari ini aku lihat kesungguhannya. Rekaannya menepati apa yang aku suka. Simple tetapi nampak elegan. Detail pada baju ini sangat cantik dan aku tahu ini adalah sentuhan daripada Han sendiri. Sebab dia pernah tunjukkan rekaan bahagian ini kepada aku sebelum ini.

Kami buat keputusan untuk nikah dan bersanding di hari yang sama. Tidak ada majlis besar-besaran sebab aku lebih suka majlis yang kecil dan intimate. Dimana hanya ada keluarga dan kawan-kawan rapat.

Han bersetuju dengan aku. Aku ingatkan dia hanya bersetuju dengan apa yang aku mahukan. Tapi kata-katanya selepas itu membuatkan aku terkedu.

"Saya bersetuju sebab saya tak nak orang lain tengok betapa bertuahnya saya dapat awak."

Riak wajah Han waktu itu.. aku hanya mampu katakan yang aku rasa sangat disayangi dan dihargai. Dia memandang aku bagaikan hanya ada aku didalam hatinya. Dan di hari bahagia ni, perasaan aku hari itu bagaikan diulang semula.

Han buat aku rasa seribu satu perasaan yang suka digambarkan dengan hanya kata-kata.

"Aku tak sabar nak tengok reaksi dia bila kau masuk dalam ballroom.", suara Dinda semakin teruja bila dia menyambung lagi, "Ada peluang tak kita nampak Han menangis? Mana tahu dia jenis yang emosional kan, kan?"

Zarina menggelengkan kepala sambil berpeluk tubuh, "Hisy, takkan lah. Aku tak rasa dia tiba-tiba emo."

Marissa tiba-tiba sengih jahat, "Nak bet? Aku bet dia nangis."

Dinda mengangkat tangan ke atas, "Aku pun!"

"Aku tak rasa dia menangis nanti.", Zarina masih skeptikal.

"Aku pun sama. Kenapa dia nak emo?", aku mencelah sekali.

Takkan lah tiba-tiba dia nak menangis? Memang lah Han memang mudah berkaca-kaca matanya bila dengan aku tapi takkan lah dia nak menangis bila semua mata memandang?

"Okay. Siapa kalah, kena belanja makan dekat restoran 365.", Marissa mengangkat kening dan masih dengan sengihan jahat.

*

Damn it.

Aku dan Zarina kalah.

Siapa sangka sebaik sahaja Han melafazkan akad nikah, dia terus menangis? Full blown menangis sehingga terlepas bunyi esakan?

"Helena?"

Nama aku dipanggil lembut. Bila aku memandang Han, dia nampak tertanya-tanya tetapi dengan senyuman dibibirnya.

"Kenapa awak pandang Marissa dengan Dinda macam nak tembus?", soal Han.

Mata aku jatuh ke tangan Han yang elok sedang mengelus tangan aku. Dia dah upgrade. Sebelum ini, panggil nama dan hanya renung aku dengan pandangan penuh kasih. Bila dah halal, tangannya tidak pernah jauh dari aku.

Bila kami berdiri, tangannya di pinggang aku.

Bila kami duduk, tangannya menggenggam tangan aku.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang