HAN ILHAM
Aku ketuk pintu bilik.
Tiada jawapan jadi aku buka dan jengulkan kepala terlebih dahulu. Helena tiada diatas katil. Angin yang datang dari balkoni menyapa dan disitu Helena sedang duduk.
Merenung kosong.
Tiada emosi diwajahnya.
Selendang yang dipakai longgar ditiup angin. Membuatkan dia nampak begitu cantik dan manis dimata aku. Hati aku rasa penuh dengan hanya memandang Helena.
"Sayang, biy dah balik."
Suara aku perlahan dan lembut. Moganya Helena boleh dengar yang aku takkan pernah berubah. Rasa sayang aku untuk dia hanya meningkat setiap hari. Tidak pernah berkurangan sama sekali.
Bila aku berdiri disebelah Helena, dia menghulurkan tangannya.
Tangan aku dibawa ke bibirnya sebelum dikucup dengan lembut. Hangat.
Aku sentuh pipinya dan dia tersenyum. Tapi senyuman itu nampak sedih dan melankolik dimata aku.
Amarah Helena sudah hilang. Tapi kenapa?
Kenapa dia nampak sedih?
Kerusi yang sepatutnya berhadapan dengan Helena, aku tarik supaya dekat dengannya. Tangan Helena aku tak lepaskan. Sebaliknya aku genggam erat.
"Meeting biy dah selesai. No more meeting lepas ni."
Aku mencuba sedaya upaya untuk siapkan kerja supaya aku boleh bercuti awal-awal. Sebab itu jugalah jadual aku begitu padat sekarang ini.
Aku menceritakan tentang hari aku selepas aku hantar dia pulang. Helena mendengar semuanya tanpa menyampuk sama sekali. Tapi melihatkan matanya yang kadangkala hilang fokus, aku tahu yang dia tak dengar apa yang aku katakan.
Tangan Helena aku bawa ke bibir sebelum aku kucup sekali. Dan kali kedua, barulah Helena pandang aku.
"Sayang masih marahkan biy?"
Mata Helena terkerdip-kerdip laju. Bagaikan dia tak faham soalan aku sebelum keluhan keluar dari bibirnya.
"I'm not mad at you."
"Then, sayang tak percayakan apa yang biy cakap? Yang biy tak kenal dengan dia dan biy pun tak faham kenapa dia buat macam tu?"
Mata Helena melekat diwajah aku. Lama.
Memang tiada langsung tanda yang dia masih marah. Cuma dia nampak semakin sedih.
"Talk to me, sayang."
Melihatkan Helena macam ni, aku sendiri rasa sedih.
Helena lepaskan tangan aku dan bangun.
"Biy pergilah mandi dulu. Bersihkan diri. Sayang nak pergi tolong mummy dengan makcik."
Aku hanya mampu biarkan Helena pergi. Aku akan berikan dia ruang tapi aku tak tahu berapa lama aku mampu bertahan untuk lihat dia bersedih macam ni.
Helena tak makan banyak masa makan malam. Dia makan hanya cukup-cukup untuk alas perut sebelum meminta diri untuk berehat. Semua orang risaukan dia.
Aku tak dapat naik untuk menjenguk Helena selepas makan malam. Ada kerja yang aku perlu periksa itu. Kalau tak penting, memang aku akan ada disebelah Helena sekarang juga.
Lagi lama aku berjauhan dengan Helena sekarang ni, semakin tak sedang aku rasakan.
Jam sudah menginjak sebelas malam bila aku akhirnya selesai. Bilik sunyi sepi. Helena sudah tidur.
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomansaHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...