HAN ILHAM
Wajah Helena nampak tegang. Hati aku bagaikan ditoreh bila melihat mukanya yang pucat. Ada lingkaran gelap dibawah matanya.
Dia tak dapat tidur ke semalam?
Disebabkan aku...?
Sekali lagi aku yang buat dia jadi begini.
Aku nak bersuara tapi tiada apa yang terkeluar dari bibir.
Aku tak tahu kalau Helena masih nak dengar suara lelaki yang berulang kali sakiti hati dia. Sengaja ataupun tidak.
Di belakang Helena, Axel dan mummy mengikuti langkahnya.
Masing-masing diam. Mereka bagaikan menunggu reaksi daripada Helena. Sama seperti aku.
Ada tiub drip ditangan Helena. Sebelah lagi tangannya menarik tiang drip IV bersama dengannya.
Dia masuk dan terus duduk disofa berhadapan dengan katil aku.
Hanya mummy dan Axel yang mendapatkan aku. Masing-masing memandang Helena sekilas sebelum fokus kepada aku.
Wajah Helena kosong daripada emosi. Aku tak boleh nak teka.
Dia bencikan aku begitu sekali ke?
Sampai tak nak dekat dengan aku?
"Tadi mummy jenguk Han, Han tidur lagi. Badan Han macam mana?"
Lembut suara mummy bertanya. Tangan mummy mengusap pipi aku dengan mata yang berkaca tapi tiada air mata yang jatuh. Aku tahu mummy mencuba untuk tak menangis didepan aku.
Simpati yang melimpah ruah daripada mummy membuatkan aku rasa lemah. Lama aku diam sebelum akhirnya menjawab.
"Masih pening kepala tapi dah berkurangan."
Aku menjawab tapi mata aku sesekali melekat ke arah Helena. Matanya terpejam dan macam sedang mencuba menenangkan dirinya sendiri.
Turun naik nafasnya sangat ketara. Nampak macam dia marah sangat dekat aku.
"Brother.."
Axel memanggil aku dan dia menepuk bahu aku perlahan.
"I'm sorry it happened to you."
Simpati daripada Axel tidak sama seperti simpati daripada mummy. Dia nampak seperti faham dengan apa yang aku lalui. Terbias emosi yang aku tak pernah lihat diwajahnya.
Jangan kata benda begini pernah terjadi kepada dia. Hidup Axel sudah cukup dengan tragedi.
"Thanks, Axel."
"Anytime you need me, just call.", ujar Axel lagi.
Suaranya serius dan wajahnya nampak risau. Aku hanya mengangguk. Tak tahu nak balas apa kerana aku sendiri masih terkejut. Susah nak terima benda begini terjadi kepada aku.
Helena bangun dan berdiri tegak dalam kepayahan.
Jantung aku berdegup laju. Menunggu apa yang dia nak buat.
Perlahan dia menghampiri dan duduk kerusi disebelah katil aku. Axel cekap membantu membetulkan letak tiang drip IV Helena.
Beberapa minit terasa bagai berjam lamanya sehinggalah Helena bersuara.
Akhirnya.
"Boleh tak kalau Helena nak cakap dengan Han berdua sekejap, mummy?"
Helena tersenyum tapi tiada cahaya di matanya.
"Boleh, sayang."
Mummy membalas senyuman sambil menggosok lengan Helena.
Sebelum mummy keluar, dia menepuk tangan aku lembut dengan air muka sedih. Axel juga begitu.

ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...