ENAM TAHUN KEMUDIAN.
Ugh, tanah air tercinta.
Tercinta lah sangat.
"Helenaaaaa!"
Kepala aku berpusing mendengar nama aku. Senyum secara refleks ditampal ke wajah.
Marissa berlari dari jauh tanpa mempedulikan orang disekeliling yang pantas memberikan ruang kepadanya.
Dia pula yakin jelah berlari mendapatkan aku disini. Hampir sahaja aku nak terjatuh kalau tak disebabkan kaki aku yang kuat menahan impak pelukan Marissa.
Sempat aku tahan dari badan kami berlaga. Baru sampai ke tanah air dah rasa nak sakit jantung. Tak tahu lah kalau lebih lama disini.
Suaminya, Nazim menganga terkejut sebelum hanya menggeleng kepala dan berdiri dibelakang Marissa yang menggoyangkan aku ke kiri kanan.
Aku biarkan saja badan aku digoyangkan. Melepaskan aku dari pelukannya, Marissa mencubit pipi aku dengan sengihan nakal.
"Kenapa muka tak rela balik Malaysia ni ha? At least tunjuk lah muka happy sikit."
Lagi kuat aku menunjukkan muka 'ugh' aku.
"Ehrlich gesagt möchte ich nie zurückkommen, Marissa."
Marissa menggelengkan kepalanya, "Bahasa ibunda atau English wahai kawanku."
Nazim mentertawakan isterinya, "Helena cakap dia memang tak nak balik sini pun."
Marissa memandang aku dengan muka acah sedih biarpun tangan masih asyik memicit pipi aku.
"Sampai hati kau cakap macam tu? Apa enam tahun tak cukup ke dekat Jerman sana? Kau tak sayangkan aku ke?", ujar Marissa.
"Nein, ich nicht.", aku buat muka tak bersalah.
Marissa memandang suaminya. Mengharapkan translator tak bergaji. Aku menyengih memandang Nazim yang nak tak nak kena translate juga.
"No, I do not.", Nazim direct translate ayat aku.
Marissa memandang aku dengan muka tak percaya sebelum dia menarik lengan aku, "Eleh aku tahu kau sayangkan aku jugak."
Aku menahan rasa nak julingkan mata ke atas. Troli berisi dua luggage dan satu beg ditolak oleh Nazim tanpa perlu diminta tolong. Dia setia mengikut langkah kami berdua yang berjalan didepan.
"Danke, Nazim.", aku senyum.
"Bitte, Helena."
"Bila kau nak bercakap bahasa Melayu ni? Kasihanilah aku..", Marissa menyampuk.
Nazim ketawa geli hati. Suka betul dia bila isterinya kena game dengan aku.
"Nimmer.", aku jawab dengan muka toya.
"Alaaa!", Marissa menggoyangkan lengan aku sekali lagi. Bagaikan tahu apa yang aku katakan.
"Du bist wie ein Kind.", aku menggelengkan kepala.
Nazim ketawa lagi manakala Marissa merengus. Tapi masih tak melepaskan lengan aku. Puas mengusik Marissa, aku tarik sengih.
"Kita pergi makan dulu boleh?", ujarku.
Senyuman Marissa melebar bila mendengar aku mula bercakap dalam bahasa ibunda.
"Macam nilah baru best.", Marissa menyengih.
Puas hati mendengar aku yang mula masuk gear pertama untuk terus berbahasa Melayu. Saja je nak mengusik dia sebenarnya.
Suami isteri ini membawa aku makan ke restoran masakan Melayu. Macam tahu-tahu je aku rindu nak makan nasi.
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomansaHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...