HAN ILHAM
Bosannya majlis ni tanpa Helena. Bila lah aku boleh balik ni?
Daripada tengok senyuman plastik mereka semua ni, lebih baik aku tengok senyuman Helena. Sudah pastinya senyuman Helena ikhlas dan sentiasa manis. Tanpa ada niat tersembunyi macam sesetengah orang di sini.
Aku sampai sahaja tadi, ramai yang bertanya di mana Helena. Hanya dengan senyuman kecewa mereka, aku tahu apa niatnya. Networking adalah benda biasa dalam bisnes. Tapi untuk sesetengah orang di sini..
Lebih baik kalau Helena tak kenal mereka sama sekali.
"Betul kan, Encik Han?"
Senyuman professional muncul di bibir secara automatik. Senyuman yang sekadar cukup untuk buat aku nampak boleh didekati. Kepala aku anggukan sekali. Mereka semua bercakap pasal benda yang tak menarik. Benda yang aku dah tahu berbulan lamanya. Jadi semuanya masuk ke telinga kiri, keluar telinga kanan.
Aku rindu Helena. Ugh, bosannya!
Bila mereka tiba-tiba senyap dan nampak terkejut, aku ikut memandang ke arah mata mereka semua pergi. Semua mata ke belakang aku. Senyuman hilang dari bibir aku. Dia muncul semula.
Aliya berjalan ke arah kami dengan senyuman meleret. Macam mana dia boleh ada di sini? Dan lebih penting lagi, bila masa dia balik semula ke Malaysia?
"Hi, Han. Miss me?"
Cukup kuat suara Aliya untuk didengari semua yang memerhati. Aku tahu ada yang mula berbisik dibelakang aku. Sudah pastinya benda begini akan menarik perhatian ramai. Walaupun didalam dewan ini dipenuhi ahli bisnes, mereka tetap manusia biasa yang sukakan gosip.
"Cik Aliya. We meet again."
Suara aku beku. Tak perlu untuk aku berpura-pura yang hubungan aku dan Aliya kekal baik selepas kami bercerai. Siapa saja tak tahu cubaan demi cubaan Aliya untuk burukkan nama aku dan Helena.
"Aww, jangan lah garang sangat. You're my ex husband after all."
Aliya tersenyum sebelum cuba menyentuh lengan aku. Laju aku mengelak dengan berpeluk tubuh. Kening aku terangkat tinggi. Walaupun banyak mata memandang, tak bermaksud aku nak berpura-pura baik dengan perempuan ini.
"Itu tak bermaksud apa-apa."
Wajah Aliya memerah bila entah siapa yang terlanjur ketawa sebelum buat-buat terbatuk.
"Jangan berlagak sangat dengan I, Han."
Aliya tiba-tiba senyum penuh yakin dan penuh makna, "You tak tahu masa depan macam mana."
Aku menahan diri daripada nak menjulingkan mata ke atas sebelum aku menggelengkan kepala. Tangan aku laju menghubungi team sekuriti yang sedang mengawasi rumah aku sekarang ini. Tak ada apa-apa yang berlaku dan mereka sedang mengetatkan kawalan disekitar rumah.
Hati aku masih tak tenang.
Apa yang dia rancangkan?
*
Tangan aku naik memicit kepala sebaik sahaja mata aku terbuka. Kenapa kepala aku rasa berdenyut-denyut ni? Migrain ke ni?
"You're awake."
Ada bayangan seseorang menghampiri aku. Berulang kali aku kelipkan mata tapi semuanya masih nampak samar-samar.
"Afzan?", aku meneka hanya berdasarkan suara.
"Awak boleh nampak muka saya tak?", soalnya.
Aku kerdipkan mata berulang kali sehinggalah semuanya lebih jelas. Tapi kepala aku masih tetap terasa berat.
ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...
