Hey guys. Berjumpa kita lagi di sini. Chill and enjoy this new story 😉
Kekecohan kelas hari ini membuatkan aku pandang dua kali sebelum masuk ke dalam kelas.
Ini kelas aku kan? Kenapa rasa macam lagi bising dari biasa ni?
Sudahlah dewan ni besar, bergema kuat pula suara-suara mereka.
"Helena!!"
Nama aku yang dilaung kuat membuatkan dewan kuliah senyap seketika. Semua mata memandang aku yang masuk ke dalam dewan macam pencuri ayam dalam reban.
Segan aku jadinya bila semua orang tengok-tengok aku. Dah lah ada muka yang aku tak kenal!
"Sini, sini!"
Kawan sekelas aku semuanya melambai memanggil aku supaya mendekati mereka. Dah rasa macam artis pun ada gini. Laju aku melangkah dengan menunduk sedikit walaupun aku tahu tak ada gunanya sebab semua orang automatik dah nampak muka aku sekarang ni.
Sebaik sahaja aku duduk disebelah Marissa yang melaung nama aku tadi, mereka semua sambung semula bergosip.
"Weh, Helena! Kau tahu tak pasal kelas kita bergabung dengan kelas A tahun ni?"
Wajah teruja Marissa membuatkan aku tercengang sesaat.
Bergabung kelas?
"Maksud kau?", soalku.
Dah kenapa pulak nak gabung kelas? Dengan kelas A pulak tu? Biasanya kalau kelas bergabung sekali pun, tak adanya nak bergabung dengan kelas A. Kalau tak kelas D, kelas E.
Bukan sebab kelas pandai atau tak macam waktu sekolah rendah dan menengah tapi sebab kelas dua itu yang terdekat dengan kelas aku, kelas F.
"Katanya sebab nak senang atur jadual. Kelas untuk jurusan kita kan banyak. Ada lapan kelas kan.", ujar Dinda pula.
"Elok lah pun. Bosan aku balik-balik tengok muka korang."
Zaril pula menyampuk dari belakang kerusi aku dan Marissa.
"Kau ingat orang lain hadap ke nak tengok muka kau?"
Zarina, si kembarnya mencemik.
Bila mereka mula bergaduh mulut dibelakang aku, tak ada siapa yang boleh menutup mulut mereka kecuali pensyarah.
Jadi biarkan sahaja.
Lagipun aku dah biasa. Dah setahun pun dengan mereka. Sejak hari pertama kelas lagi, kami selalu melepak sekali. Assignment pun biasanya muka-muka ini jelah.
"Tapi kenapa macam semua orang teruja sangat?", soalku.
Marissa dan Dinda memandang aku macam aku baru je cakap yang aku menang loteri. Mata mereka bersinar-sinar.
Ah, silau!
"Kelas A!"
Suara Marissa dan Dinda bergabung dengan nada teruja. Tapi aku masih tak faham.
Mata aku terkerdip-kerdip laju.
Zarina dan Zaril ketawa dibelakang kami.
"Kau cakap macam tu kau ingat Helena tahu ke? Dia ni berkawan dengan kita je. Tak pun budak kelas D atau E. Mana kenal budak kelas lain.", Zaril menggeleng kepala.
Aku tarik senyum. Dah benda betul pun. Jadi senyum jelah.
Aku bukannya semudah itu bersosial dengar luar kelompok aku. Melainkan perlu.
Marissa tiba-tiba memukul lengan aku dengan muka geram. Mengaduh aku dibuatnya. Terjojol mata aku dek rasa sakit yang menyengat.
Apa salah aku??
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...