HELENA FATMA
Air mata aku tidak berhenti mengalir sejak Han datang dengan anak kami didalam pelukannya. Badan aku terasa letih selepas apa yang terjadi tapi air mata aku tak nak bekerjasama untuk berhenti.
Wajah anak aku yang sedang tidur dengan lena seperti tiada apa yang berlaku membuatkan hati aku rasa lebih tenang. Takkan sesekali aku lepaskan dia dari mata aku selepas ini.
Han yang ada disebelah memeluk aku. Menggosok belakang aku dengan lembut. Memberikan sokongan kepada aku.
''Terima kasih, biy.''
Entah kali keberapa aku mengucapkan terima kasih kepada Han sejak tadi.
''Dan terima kasih sayang sebab dah bawa anak kita ke dunia walaupun biy tak ada dengan sayang.''
Aku gelengkan kepala. Han membantu kesat air mata aku dengan hujung jarinya. Lembut jarinya menyentuh hujung mata aku. Mata aku direnung dalam.
''Yang penting, mummy selamat.''
''Biy bersyukur mummy selamat. Tapi biy terkilan sebab tak dapat ada dengan sayang. Sayang sendirian dekat sini. I didn't do enough to protect you both.''
Wajah Han yang sedih menjentik hati aku. Suaranya lirih. Dia masih merasakan yang dia tak lindungi kami dengan sebaiknya. Walaupun apa yang terjadi diluar jangkaan kami. Di luar jangkaan sesiapa pun.
''Biy..'', perlahan suara aku memanggil Han.
Dia kembali memandang aku dan laju aku kesempatan mengucup bibirnya sekilas. Mata Han yang sedih membulat.
''Sayang..''
''Biy dah buat sedaya upaya. Sayang sentiasa bersyukur untuk tu. Don't beat yourself down. And I love you. Always.''
Han merenung wajah aku seketika. Bagaikan menghafal setiap ceruk wajah aku sebelum dia akhirnya bersuara dengan senyuman.
''I love you too. Always.''
Han mengucup bibir aku lebih lama. Tangannya naik membelai pipi aku.
Nasib baik hanya kami bertiga yang ada didalam wad ini. Jadi aku biarkan Han melepaskan rindu. Aku juga rindukan dia.
Marissa dan Rosie pergi ke wad mummy untuk bawa dia ke sini. Mujurlah wad mummy tidak begitu jauh dengan wad aku.
Han melepaskan bibir aku dengan senyuman senang. Pelukannya dieratkan. Aku rehatkan kepala aku di dada Han bila dia menyandar dan menarik aku ke rapat ke arahnya.
Keadaan rasa begitu tenang sekarang. Macam semua yang terjadi tadi hanya lah didalam kepala aku.
Pintu diketuk sebelum dibuka dan mummy muncul. Marissa menolak kerusi roda mummy ke dalam dengan Rosie disebelah.
"Mummy!"
Aku berbisik sedikit kuat sebaik sahaja mummy muncul. Wajahnya sedikit pucat.
"Mummy okay? Mummy nampak pucat.", soalku.
Mummy tersenyum, "Alhamdulillah, mummy okay. Helena macam mana? Mummy nak tengok cucu kesayangan mummy!"
"Aku pun nak tengok!", Marissa menyampuk.
"Me too!", Rosie mencelah.
Walaupun masing-masing bercakap dalam keadaan berbisik, keterujaan kami semua terserlah. Aku ketawa perlahan sebelum menunjukkan wajah anak kami, Fahd Ilman.
"Aww..", suara mereka bertiga keluar serentak.
"Mummy nak pegang Fahd?", soalku.
Laju mummy mengangguk sebelum dia menghulurkan tangannya. Han ambil Fahd dengan lembut dari tangan aku sebelum dibawa ke mummy. Sebaik sahaja Fahd ada didalam tangannya, mata mummy berkaca.
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomansaHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...