Selepas beberapa tidak berjumpa dengan Auntie Sarimah, aku dijemput ke rumahnya sekali lagi. Kali ini dia mengatakan yang dia terjumpa surat dari ibu aku yang harus ditunjukkan kepada aku.
Aku tak tahu apa tapi hati aku berdebar-debar. Ada sesuatu ke dengan surat itu?
"Helena."
Suara yang menyebut nama aku dengan penuh kelembutan itu mematikan lamunan aku. Bila aku angkat kepala, Han sudah tercegat didepan pintu pejabat aku. Rosie pula berdiri dibelakangnya. Hanya menyengih penuh makna.
"Han...? Apa awak buat dekat sini?", soalku sebelum menilik jam di pergelangan tangan.
Eh? Dah sampai masa nak balik? Patutlah Rosie menyengih. Bagi isyarat rupanya.
Han mengisyaratkan yang dia nak masuk dan bila aku angguk, barulah dia masuk.
"Saya datang nak escort awak."
Kening aku naik tinggi. Sejak bila Han buat kerja escort ni? Takkan company nak bankrupt kut? Lagipun bila masa aku panggil escort service*? Dosa oi.
"Bukan escort yang tulah, Helena!", Han laju menambah bagaikan dia tahu apa yang ada didalam kepala aku.
Rosie pada mulanya terpinga-pinga bila melihat reaksi Han yang defensif. Tapi minda bijaknya cepat sahaja memahami kenapa Han tiba-tiba nampak kalut. Rosie ketawa kecil tanpa bunyi. Turun naik bahunya ketawa.
"Mana lah tahu kan. KL ni macam-macam jenis orang ada.", aku menjawab sambil ketawa.
Kali ini aku memang rasa kelakar. Muka Han cuak betul. Tak pernah lagi aku nampak dia cuak dan gelisah macam ni.
Han duduk di kerusi berdepan dengan meja kerja aku dengan keluhan dramatiknya, "Awak ni kan. Suka buat jantung saya bekerja keras."
Aku menghabiskan sisa ketawa sebelum bertanya lagi, "Jadi...", aku berjeda sesaat sebelum menyambung, "Dah lama ke buat kerja escort ni?"
Han membulatkan matanya dengan mulut terbuka. Tak sangka aku masih nak mengusik dia.
"Helena!"
Ketawa aku dan Rosie bergabung. Nampaknya Rosie dah tak boleh tahan nak ketawa diam-diam.
"He's flustered!", Rosie menekup mulutnya bila komennya terkeluar.
Han memandang aku dan Rosie dengan muka pasrah.
"Hailah, Helena. Jadi escort pun escort lah kalau saya boleh tengok awak ketawa. Walaupun awak ketawakan saya.", Han membalas bagaikan sudah redha dengan nasibnya.
*
Akhirnya aku ikut juga Han menuju ke rumahnya selepas puas mengusik. Ini lah yang dia maksudkan dengan escort. Dia nak escort aku ke rumahnya. Rosie pula tak ikut sekali kerana dia berjanji dengan Daniel. Nak food hunting lah tu.
Ke dating? Hmmm..
"Auntie ke yang suruh awak bawa saya?", soalku kepada Han yang sedang memandu.
"Saya yang offer diri sendiri. Peluang keemasan kena lah ambil."
Sekali lagi, kata-kata Han aku anggap sebagai angin lalu. Bukan sekali dua dia cakap benda begini. Aku tahu niatnya. Dia berniat nak sambung semula apa yang terputus beberapa tahun lepas. Sebab itulah dia berusaha untuk ambil hati aku semula.
Yang mana aku akui. Hati aku memang terusik. Tapi masih belum cukup gagah untuk ulang benda yang sama. Takut pengakhiran juga sama. Macam deja vu.
Bila aku tak membalas, Han bersuara. Nadanya sedikit berhati-hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
Storie d'amoreHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...