BAB 51

865 39 0
                                        

Ada sesuatu yang hangat melingkari pinggang aku. Deru nafas halus di leher membuatkan mata aku terbuka.

Seperti biasa, mata aku terus memandang ke jam di dinding. Aku tidur semula selepas Subuh sebab terlalu mengantuk. Seronok buat biskut sampaikan tak sedar yang masa berlalu dengan cepat.

Awalnya mummy dan Makcik Emma ada menemani aku. Tapi bila mereka mula mengantuk, Han pula menemani aku.

Walaupun dia balik lambat semalam. Dia mempercepatkan semua kerjanya supaya mudah nak bercuti nanti. Untuk ada dengan aku selepas bersalin.

"Biy.."

Aku menggosok lengannya yang elok melingkari di pinggang. Disebabkan perut aku yang besar, tangannya tak sampai ke hujung. Elok melekap melepasi pusat.

"Hmm?"

Han menggeselkan wajahnya lebih dekat ke leher aku. Membuatkan bibir aku terjungkit naik secara automatik.

Geli.

"Tak nak pergi kerja ke, biy?"

Han merapatkan lagi tubuhnya walaupun aku rasa dah tiada jarak diantara kami. Lagi kuat dia melekap dengan aku.

Membuatkan aku teringat kepada dokumentari tentang koala yang suka melekap di pokok.

Macam sama dah ni.

"Cuti ke hari ni, biy?"

Soalku lagi walaupun aku tak tahu sama ada dia sebenarnya sedar atau masih mamai.

"Tak.. nak.. pergi."

Aku ketawa kecil mendengar nada manjanya. Walaupun dah besar panjang, ada masanya Han ni memang susah betul nak bangun. Yang peliknya, bangun solat Subuh on time pula.

"Biy.."

Sekali lagi aku memanggil dan tangan Han yang melingkari pinggang aku menggosok perut aku.

"Morning, my son. My love."

Han menopang kepala dengan lengannya. Merenung aku dengan senyuman. Dengan wajah separuh mengantuknya.

Rambutnya tercacak ke sana sini dan masih lelaki paling kacak dimata aku.

Bibir Han singgah di pipi aku sesaat. Sengihannya melebar sebelum dia memuncung.

"Ugh, kalau biy tak nak pergi kerja boleh tak?"

Han memeluk aku dan menyembamkan wajahnya dileher aku. Dia menggumam sesuatu tentang tak nak bangun dan tinggalkan aku di sini.

"Tolong sayang bangun, boleh?"

Tanpa menunggu sesaat, Han terus bangun dan turun dari katil. Aku menghulurkan tangan sebaik sahaja dia ada didepan aku. Dengan lembut, Han menarik aku perlahan-lahan sehingga aku boleh duduk.

Laju dia meletakkan bantal di kepala katil untuk aku bersandar. Biasanya setiap pagi aku akan duduk di sini dan melihat Han bersiap. Seronok bila tengok suami sendiri malu-malu direnung.

"Sayang ni baru bangun tidur pun cantik kan?"

Han menggelengkan kepala dengan muka acah-acah tak puas hati. Tapi hujung bibirnya menjungkit sedikit.

"Biy ni pagi-pagi mulut macam dah telan gula sekilo kan?"

Han meraup rambutnya ke belakang. Senyumannya senget dengan mata yang dikerdip.

"Nak rasa ke?"

Dia ketawa besar bila aku mencampak bantal petak ke dadanya. Suka pula dia pagi ni. Tapi melihat Han yang tersenyum dan ketawa begini jauh lebih baik daripada Han yang tersenyum paksa.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang