So..... I'm back. Hehe.
Also, saya redo bab ni sebab rasa dah revised ni lagi okey. This one explains better, in my opinion. Jadi, enjoy guys.
HAN ILHAM
"Mummy?"
Perlahan aku menyentuh lengan mummy yang merenung lama ke luar tingkap. Sejak kami sampai di tanah perkuburan ini, dia hanya diam.
Hanya merenung sayu. Walaupun aku tak dapat lihat wajah mummy, kesedihannya terasa.
Mummy berpaling memandang aku. Matanya sedikit berkaca sebelum dikesat untuk mengelakkan aku nampak.
Senyuman di bibir jelas hanya muncul untuk membuatkan aku tenang. Tapi aku faham.
Siapa yang boleh bertenang dalam situasi sebegini?
Mummy dah lama mencari kawan-kawan baik yang dikenali sejak zaman sekolah menengah lagi.
Selepas graduasi dari universiti dan pulang semula ke Malaysia, mereka tetap saling berhubung tetapi terputus sejak sepuluh tahun yang lalu tanpa sebarang sebab.
Mungkin kerana masing-masing sibuk dengan keluarga atau kerja.
"Jom kita pergi, Han."
Suara mummy lembut dan perlahan. Tiada beza seperti selalunya kecuali ada nada kesedihan yang begitu halus di situ. Untuk seseorang seperti aku yang boleh membaca emosi mummy dengan mudah, aku tahu yang dia cuba untuk nampak kuat.
Aku angguk dan keluar terlebih dahulu sebelum mendapatkan pintu mummy. Berjalan bersama-sama, mummy terus mencari nombor plot kubur.
Aku hanya mengikuti dibelakangnya. Membiarkan mummy yang mula tenggelam dalam emosinya semula.
Sejak pemergian ayah, mummy memang mudah menangis bila melihat tanah perkuburan. Walau bagaimana pun ayah melayan aku, ayah tetap cinta hati mummy.
Keikhlasan mummy membuatkan aku mahu menjadi seperti mummy suatu hari nanti.
Seseorang yang ikhlas dan setia.
Bila langkah mummy terhenti, aku ikut berhenti. Mummy berpaling ke belakang.
"Mummy lupa bawa bunga ros dalam kereta. Han ambilkan ya?"
Aku anggukkan kepala dan berpatah balik ke kereta. Sampai semula ke mummy, ada seorang wanita bertudung disebelah mummy. Mereka masing-masing duduk sebelah menyebelah dan sedang membaca surah yasin.
Wanita itu mendongak untuk melihat aku dan..
Sebaik sahaja mata kami bertembung, jantung aku terasa seperti berhenti berdegup sesaat sebelum berdetak dengan laju semula.
Helena!
Tapi bagai tidak kenal siapa aku, Helena tunduk dan kembali membaca.
Aku salah orang ke? Dia Helena kan?
Tak mungkin aku salah.
Suara itu.
Mata itu.
Mummy pula angkat muka dan memandang aku dengan muka pelik walaupun mulutnya masih terkumat-kamit membaca.
Mengisyaratkan dengan mata supaya aku duduk, aku menurut. Tapi mata aku masih melekat kepada Helena.
Mengambil tempat disebelah kiri, aku duduk berdepan dengan Helena dan mula membacakan doan sebelum membuka buku yasinku.
Sabar, Han. Sekejap lagi kau tanya. Sabar.
Sepanjang aku membaca surah yasin, aku rasa langsung tak senang duduk. Helena didepan mata aku. Walaupun dia buat tak kenal, aku yakin dia Helena.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomansaHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...