BAB 45

840 38 3
                                    

Jam di tengah-tengah dinding menarik perhatian aku. Awal sangat Han bangun hari ni. Tak macam biasa.

Rutin Han setiap pagi Sabtu adalah berjoging. Tapi dia tak pernah bangun seawal ini. Dan kalau dia bangun awal sekali pun, dia akan gerak aku terlebih dahulu untuk beritahu aku.

Lepas kami solat Subuh sekali tadi, dia tak nampak macam nak pergi berjoging pun. Sebab dia terlena balik dengan aku tadi. Hmm..

Perhatian aku beralih bila terdengar bunyi seseorang apabila aku keluar dari bilik air. Suara Han. Jadi dia tak pergi berjoging tapi ada didalam pejabat? Eh? Ada kerja ke hari ni?

Pintu pejabat terbuka dan Han pula membelakangkan aku. Bercakap dengan siapa entah. Serius betul suara dia. Macam sibuk je. Baik tak payah kacau.

Aku nak biarkan sahaja tapi aku terpandang gambar diatas mejanya. Langkah aku terhenti sambil renung gambar itu lebih lama.

Itu bukan ke abang Narcissus..?

Tanpa berlengah, aku masuk ke dalam. Terus ke meja Han. Ada beberapa kertas berselerak diatas meja dan gambar itu. Kenapa gambar abang Narcissus ada dekat sini?

"Kenapa gambar ni ada dekat sini?"

Soalan aku membuatkan Han berpusing laju dengan muka pucat. Muka tertangkap buat sesuatu. Laju Han cuba mengemas kertas yang berterabur tapi aku nampak macam lagi terabur ada lah.

"Biy.. Biy.."

Han tergagap. Dia panik. Aku nampak list nama dan nama-nama itu semuanya aku kenal walaupun aku nampak sekilas je. Itu semua nama-nama lelaki yang mendiang mama Charlotte nak jodohkan aku. Ada lah dalam beberapa kali aku pergi blind date yang diaturkan sebelum aku tolak semuanya sekali.

Tak berbaloi. Sebab waktu itu aku hanya mahu fokus dengan kerja. Dan aku juga rasa tak adil untuk mulakan hubungan kalau aku masih teringatkan Han. Aku tak nak gunakan sesiapa untuk aku lupakan Han.

Tak adil untuk mereka dan tidak tenteram untuk aku.

Aku pandang Han dan hulurkan tangan. Mata kami bertemu dan aku hampir nak gelak melihat wajah kasihannya. Tapi aku sedaya upaya kekalkan muka serius. Perlahan Han serahkan dokumen yang dia cuba nak sorokkan.

Aku duduk dikerusi Han bila dia bangun dan memimpin aku untuk duduk. Wow, empuk betul kerusi ni. Tidur dekat sini pun boleh ni.

Sebelum aku mula hilang fokus, baik aku baca apa yang mengganggu pagi Sabtu kami berdua. Satu demi satu dokumen itu aku baca.

Han diam berdiri disebelah aku. Aku tahu dia menunggu aku untuk bertanya. Tapi sekali-sekala bagi jiwa dia terseksa, apa salahnya kan?

Untuk menambahkan kesan dramatik, dengan perlahan aku mendongak memandang Han. Lama kami saling renung-merenung tapi tiada siapa yang bersuara. Apa yang pasti, Han berpeluh didalam bilik yang berpenghawa dingin.

"Pen merah ada tak, biy?"

Akhirnya aku yang bersuara. Cekap Han menyerahkan kepada aku tanpa banyak soal.

Sambil membaca, tangan aku juga bergerak. Tanpa memandang Han, aku mula menyoal.

"Kenapa biy buat background check diaorang ni?"

Macam mana Han tahu yang aku banyak calon-calon sebelum dia? Disebabkan Narcissus, Han dapat korek semua maklumat mereka ini. Boleh tahan juga network suami aku ni kalau dia boleh cari maklumat semua ini hanya dalam satu malam.

Macam mana lah agaknya dia kerah team dia untuk kumpulkan semua maklumat ni? Entah kenapa aku rasa Axel pun terbabit sama. Dia tahu yang mendiang mama Charlotte carikan banyak calon untuk aku. Memandangkan dia dengan Han pun bukan main baik sekarang ni, boleh jadi dia yang tolong Han.

"Sebab biy cemburu."

Aku berhenti menulis dan mendongak pandang Han. Bibirnya mencebir. Masuk mod merajuk balik. Matanya jatuh memandang jari-jemari sendiri. Saling menguis.

Rasa nak tergelak tapi aku tahan. Kuat aku ketap bibir. Comelnya!

"Sebab?", soalku.

Han diam seketika sebelum menjawab dengan nada perlahan.

"Sebab biy sedar yang ramai yang boleh ambil alih posisi biy bila-bila masa je. I'm at disadvantage here. Kalau sayang give up dengan biy, sayang takkan rugi apa-apa tapi biy-"

Han terus bercakap panjang lebar tapi semuanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku. Senyuman melekat dibibir aku dengan pengakuannya. Laju aku menunduk untuk pastikan dia tak nampak aku yang menyengih.

Habis menulis, aku kumpul semula semuanya dengan kemas.

Han yang masih membebel berhenti bercakap bila aku berikan dokumen itu kepada dia. Berkerut dahinya membaca apa yang aku tulis. Perlahan-lahan wajah terkejutnya bertukar kepada tidak percaya dan akhirnya terharu.

Aku cuma tulis;

'Why I didn't chose this guy: He's not my husband.'

Itu yang aku tulis disetiap satu kertas. Satu demi satu. Nampak tak betapa gigih aku nak mengenakan Han?

"Sayang ni kan.."

Senyuman Han nampak lembut dan penuh dengan kasih sayang. Aku tak tahu macam mana nak describe tapi hanya dengan melihat wajah Han, aku tahu apa yang dia nak sampaikan. Dan setiap kali dia pandang aku begini, hati aku berbunga-bunga dengan automatik.

Sebab aku tahu dia betul-betul sayangkan aku.

Han menunduk untuk memeluk aku sebelum dia menyembamkan wajahnya dileher aku. Bukannya aku tak nampak telinga dia yang semakin merah tadi. Tanda dia malu.

Ketawa geli hati, aku usap belakang badannya dengan perlahan. Suami siapa lah ni yang comel sangat?

"I love you."

Lembut suara Han berbisik di telinga aku. Romantik dan penuh perasaan yang tak perlu disebut. Setakat ini aku tak jemu lagi mendengar tiga perkataan itu.

"I love you."

Sekali lagi Han mengulang sebelum dia mengucup pipi dan seluruh wajah aku. Mengekek aku ketawa kerana kegelian. Han nampak puas hati bila dia akhirnya berhenti.

"By the way kan, gambar tu bukan Narcissus. Itu abang dia."

Han menganga.

"Itu bukan dia?"

Aku geleng kepala.

"Bukan. Itu Eros, abang dia."

Han buat muka 'ugh'.

"Kalau abang dia sehandsome tu, macam mana dengan Narcis apa benda entah nama dia tu?"

Aku menyengih. Saja nak bagi suspens, aku buat-buat berfikir lama.

"Hmm.. kalau ikutkan, Narcissus tu kira pujaan ramai lah dekat New York. Semua socialite cuba nak dekat dengan dia sebab yelah serba-serbi lengkap kan."

Aku tak jadi nak sambung bila muncung Han makin panjang. Laju je tangan aku mencubit muncung Han. Bagaikan baru tersedar yang dia memuncung walaupun selama ini dia menidakkan, Han menggelengkan kepala.

"I look so not cool right now, right?"

Aku ketawa.

"Semestinya."

Han buat muka 'ugh' sekali lagi. Sisi Han yang ini memang menghiburkan betul.

"Cool ke tak, sayang terima biy apa adanya."

Kali ini Han tersenyum sambil mengusap pipi aku dengan lembut, "Sayang ni memang suka buat biy rasa terharu kan?"

Aku hanya senyum.

"Apa lagi yang biy nak tahu pasal diaorang semua ni?"

Han menggelengkan kepala. Disebabkan emosi Han mudah dibaca, aku tahu yang dia dah tak cemburu dah.

"Nothing more.", senyuman Han berubah penuh makna, "Lagipun, in the end, sayang pilih biy."

Han menuding ke dirinya sendiri dengan riak bangga. Aku ketawa besar. Suami aku ni memang menghiburkan!

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now