Aku merasakan lengan aku tiba-tiba digesel oleh Rosie. Matanya memberi isyarat ke sebelah kiri tanpa mengubah ekspresi wajah sama sekali. Jadi aku turutkan ke mana mata Rosie tunjuk tadi.
Sebaik sahaja aku lihat, keluhan keluar secara automatik.
Dia.
Bibir dia sudah menguntum senyum dengan sebelah tangan melambai aku bagai anak kecil yang melambai ibu bapa yang menghantar mereka ke tadika.
Tak, aku serius. Wajahnya memang nampak sungguh polos bila dia buat begitu.
Tapi.. Masalahnya bukan tahap kepolosan wajah dia. Masalahnya adalah pejabat dia dan pejabat aku terletak dalam jarak yang jauh. Nak tempuh trafik lagi, apa lagi. Tapi macam mana dia boleh ada di sini setiap kali waktu makan tengah hari?
Kalau ikutkan dah masuk sebulan aku tak berjumpa dengannya langsung selepas aku ke rumahnya hari tu. Sibuk punya pasal. Bila ada meeting, aku hanya akan menghantar Daniel mahupun muncul seperti dahulu: secara virtual.
Dia pula kadang-kadang hadir ke mesyuarat tapi bila aku periksa melalui monitor, dia sentiasa nampak fokus dan serius bila bekerja. Bila berjumpa di sini dan bandingkan sikapnya ketika kerja dan di luar waktu kerja.. Serius macam split personality. Berbeza sungguh.
Sekejap je dia dah merapatkan jarak dan sekarang berdiri tegak didepan aku. Rosie pula bergerak sedikit ke hadapan untuk melihat lauk-pauk yang dia mahukan. Sudah seminggu aku menemani dia ke sini selepas dia cakap nak cuba semua makanan di sini sebelum tukar restoran lain pula.
Rosie memang berdedikasi betul bila masuk bab makanan.
"Bang, nasi penuh ya."
Han tersenyum manis. Aku rasa abang yang ceduk nasi ni mesti pelik. Kenapa lah budak ni macam kerang busuk je? Seronok sangat ke dapat makan nasik?
Dapat sahaja pinggannya, Han mengalih perhatian kepada aku pula. Bibirnya masih menguntum senyum. Hesy, tengok pun aku dah boleh rasa otot muka aku sendiri yang cramp. Asyik senyum je.
"Assalamualaikum, Helena."
Sebaik sahaja dia mengucapkan kata-kata yang sememangnya tak ada salah silap, aku mengemam mulut. Menahan rasa nak ketawa. Entah kenapa nada suaranya begitu... mengada-ngada di telinga aku. Dia tengah flirt dengan aku ke? Dengan senyum senget semacam tu?
Salam tetap aku jawab walaupun bibir rasa dah tersenget-senget nak ketawa. Dia ni kan. Tiba-tiba aku rasa terhibur.
"Saya bagi salam pun kelakar ke?", Han menggaru kepalanya dengan muka blur.
"Tak pun tapi nada suara awak tu. Nerdy semacam.", balasku selamba.
Mata Han membulat, "Nerdy?"
Aku bergerak ke hadapan selepas barisan pula bergerak. Han mengikuti aku dari belakang. Walaupun matanya melihat-lihat lauk yang tersedia, mulutnya tetap berceloteh.
"Saya yang kacak ni awak kata nerdy? Tak pernah lagi sesiapa cakap saya macam tu tau. Awak yang pertama."
Aku melihat lelaki di bahagian sebelah meja lauk-pauk terkedu mendengar kata-kata Han. Wajahnya jelas menunjukkan reaksi yang bagai tak sangka ada manusia yang selamba badak memuji diri sendiri. Tapi entah kenapa sebaik sahaja dia menatap wajah Han, dia hanya mengangguk-angguk dengan muka penuh pemahaman.
"Saya yang pertama itulah, pertama inilah. Nampak sangat tak ada kawan.", aku balas semula sebelum menceduk udang masak sambal ke dalam pinggan.
Bila aku lihat ke pinggan Rosie, dia juga memilih lauk yang sama. Twinning nampaknya hari ini. Didalam pinggan Rosie ada beberapa lauk lain dalam jumlah yang sikit. Sikit pun, tinggi jugak lah timbunan makanan di pinggannya. Dia kalau boleh, semua nak rasa. Sempat aku melihat lelaki-lelaki dan juga perempuan yang mencuri-curi pandang ke arah Rosie. Dia langsung tak perasan. Sebab sibuk memilih lauk.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...