HAN ILHAM
Dalam sekelip mata, semuanya bertukar kecoh. Tapi hanya mereka yang tahu saja rasa bahang kecemasan seperti yang aku rasakan sekarang ini.
''Biy...''
Suara Helena begitu perlahan tapi cukup untuk sampai ke telinga aku.
''Sayang!''
Laju aku mendapatkan Helena. Wajahnya masih lagi pucat tapi tidak sepucat tadi.
Cekap aku sambut tangannya yang dihalakan ke arah aku. Tangan sejuknya aku kucup bertalu-talu. Bersyukur yang dia tidak apa-apa.
''Anak kita..''
Aku angguk, ''Biy akan dapatkan dia semula dengan selamat. Tunggu biy dengan anak kita.''
Air mata Helena mengalir dan aku rasakan seperti hati aku dirobek melihat air matanya. Sekali lagi aku kucup tangannya sebelum melepaskan tangan Helena dengan berat hati.
''Tunggu biy dengan anak kita balik, ya sayang.''
Helena mengangguk perlahan bila aku kesat air matanya dengan hujung jari.
Doktor dan jururawat kembali kepada tugas mereka sementara aku mendapatkan Marissa dan Rosie. Belum aku sampaikan pesan, Marissa sudah memotong aku.
''Kami akan jaga Helena. Pergi cari anak kau cepat.''
Aku hanya mampu mengangguk sebelum keluar dari wad bersama Afzan dan Cane yang sudah menunggu.
Dua orang sekuriti sudah ada di pintu wad. Manakala yang lain sudah berada di posisi masing-masing.
Orang-orang mereka berdua ada di setiap pelosok hospital. Masing-masing nampak seperti orang biasa tapi aku tahu yang mana satu nampak lain. Team sekuriti aku juga baru sahaja mengesahkan yang mereka sudah berjaga di setiap pintu keluar yang ada.
Orang awam nampak tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana waktu melawat sudah tamat. Aku tak tahu apa alasan yang mereka gunakan tetapi tiada siapa yang boleh keluar masuk.
Sekurang-kurangnya untuk sejam.
''Bilik sekuriti hospital ada dekat hujung sana.'', ujar Afzan selepas dia memeriksa sesuatu didalam telefonnya.
Pihak sekuriti hospital tidak terkejut dengan kami yang muncul tiba-tiba. Mereka terus mencari apa yang aku mahukan dengan pantas dan cekap.
''That was pretty obvious.''
Suara Cane sinis dan beku. Kepalanya tergeleng selepas dia lihat apa yang terpapar di monitor. Seperti Afzan, tiada emosi diwajahnya kecuali rahangnya yang diketap kuat.
Darah aku berderau sebaik sahaja aku nampak apa yang kami cari.
Seorang lelaki yang berpakaian seperti jururawat masuk ke dalam wad Helena. Tidak lama kemudian, dia keluar semula dengan wajah tiada emosi sama sekali. Anak kami ada didalam tangannya.
Tiada cubaan yang tutup wajahnya sama sekali.
Dia tahu apa yang dia buat. Aku dapat rasakan yang dia sengaja nak mengejek aku bila dia melihat ke arah salah satu CCTV dengan senyuman senget.
Kenapa aku macam pernah tengok muka dia?
Nafas aku terasa tersekat didada bila aku sedar siapa dia.
''Ini lelaki yang intern dekat company Helena!''
Rasa terkejut aku berubah menjadi marah. Sejak bila lelaki ini target Helena. Dan yang lagi penting, siapa dia sebenarnya untuk buat semua ini?
Aku masih ingat dia kerana apa yang terjadi selepas itu. Tambah pula bila Helena sendiri yang beritahu aku yang dia rasa lelaki ini agak pelik.

YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...