Soalan Han keluar bertubi-tubi. Dah macam machine gun.
"Bertenang, biy. Benda dah jadi beberapa tahun lepas."
Aku usap perlahan tangan Han. Gaya aku macam tenang. Tapi hati ni sentiasa mula berkocak setiap kali teringat pasal memori ini.
"But still."
Kerutan dahi Han bertambah dalam sebelum dia ambil nafas dan lepaskan dengan berat.
"I need a minute."
Aku mengangguk faham bila Han menutup matanya. Mungkin sedang menyiapkan diri untuk mendengar cerita aku.
Aku kembali bercerita bila Han mengangguk.
Nafas berat keluar dari bibir secara automatik.
"Waktu tu sayang dah mula kerja dengan mama. Mula dari bawah, tak ada siapa tahu pun siapa sayang sebenarnya. Lama-kelamaan, ada yang dapat tahu mama yang jadikan sayang sebagai waris dia. Ada board member yang tak setuju mama bawa sayang masuk. Because we didn't share a drop of blood."
Aku sendiri tahu yang aku takkan diterima dengan begitu mudah. Di mata mereka, aku yang datang entah dari mana, tiba-tiba bakal jadi bos mereka satu hari nanti.
"Mama trained sayang as hard as she can. Nak buktikan yang dia tak pilih sayang semata-mata sebab memori yang dia ada dengan ibu bapa sayang. Susah sebab kena belajar banyak benda pasal bisnes dan dalam masa yang sama, kena belajar macam mana cara bisnes aristokrat berfikir. But I made it through."
Han mengangguk dan begitu fokus dengan cerita aku. Mungkin sebab aku tak pernah langsung ceritakan hal ini kepada dia.
Apatah lagi cerita macam mana hidup aku sebaik sahaja keluar dari Malaysia. Ini kali pertama aku buka cerita tentang ini.
"Slowly, mereka terima sayang. Mungkin mereka nampak kesungguhan sayang. Tapi dalam masa yang sama, ada yang tak boleh terima langsung. That was when they planned on kidnapping me."
Wajah Han bertukar garang. Rahangnya diketap kuat.
Tapi dia masih tak bersuara. Membiarkan aku bercerita. Cuma tangannya menggengam tangan aku kuat.
Memori aku kembali ke hari itu. Hari yang buat aku rasa dunia ini sungguh tak adil.
"Sayang..?"
Perlahan Han panggil aku. Terkerdip aku pandang Han. Wajahnya nampak risau.
Aku cuma senyum nipis dan menggelengkan kepala.
"Kami tak terfikir langsung yang mereka boleh fikir sejauh tu. Mereka culik sayang.."
Aku berhenti bercakap. Ambil nafas sekejap. Walaupun dah bertahun lamanya, memori hari itu tak pernah padam.
Jantung mula berdegup laju.
Tangan Han erat menggenggam tangan aku. Memberikan sokongan.
Aku dah buka cerita. Kena habiskan juga walaupun susah.
"Mereka culik sayang betul-betul lepas sayang habis kerja. Waktu malam sebab sayang buat over time. They heavily drugged me. Sayang nampak semuanya tapi tak boleh nak buat apa-apa langsung sebab badan sayang macam tak ada tulang. Lepas kes sayang lah, mama tukar peraturan yang tak ada lagi overtime. Kalau terpaksa sekalipun, akan ada security dengan staff."
"Sayang dengar apa yang mereka cakap. They were hired by those who hated me. Plan mereka adalah untuk buat macam sayang kena culik dengan sindiket pemerdagangan manusia. Bila sebenarnya, mereka nak jual sayang."
Bila mengingatkan yang aku hampir di jual, badan aku akan menggigil dengan sendirinya.
"Sayang tak perlu sambung cerita kalau sayang rasa tak selesa."
ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...
