Aku memang kata aku tak berminat kan? Tapi sekarang ni, kenapa dia yang nampak berminat dengan aku??
Dah masuk tiga bulan dah ni. Dimana sahaja aku berada, muka si Han ni akan ada sekali. Awal dulu aku tak perasan sangat. Tapi kalau dah kawan-kawan aku semuanya perasan, inikan pula aku. Cuma aku selalu kata itu cuma perasaan mereka sahaja.
Takkan lah Han ni tiba-tiba tangkap cintan dengan aku kan?
Hahaha, memang takkan lah.
Tapi.. memang sungguh dimana aku ada, dia ada. Jenuh juga aku periksa beg aku, kut lah dia curi-curi pasang tracker GPS. Tapi tak ada pun.
Macam sekarang ni.
Tak payah pandang ke sebelah, aku sudah tahu siapa yang berani-berani duduk disebelah aku. Dah dua minggu berturut-turut dia berani buat macam ni. Mula-mula duduk jauh lagi. Tiba-tiba dah ada sebelah aku pula.
"Hi, Helena."
"Ya ampun, hengko lagi. Nak apa Han??"
Han sudah ketawa tanpa suara disebelah aku. Orang handsome ni memang macam ni ke? Ketawa tak senonoh macam ni pun nampak handsome juga? Semua giginya aku nampak kut tapi still nampak kacak.
What the-?
Masalah betul.
Kalau aku ni gelak macam tu, mau orang ingat jelmaan mak lampir. Naya kena kejar satu fakulti ni dengan penyapu.
"Saya nak tanya awak pasal soalan ni sebenarnya."
Han menolak kertas soalannya kepada aku dengan perlahan. Lecturer kelas law kami memberikan assignment yang berbeza untuk pelajarnya.
Ada je yang sama tapi tak siapa tahu siapa yang ada soalan sama. Rajin betul beliau kan? Dah lah rajin, soalan pula kena gunakan khidmat kebijaksanaan yang luar biasa.
Aku baca soalan Han dengan kerutan di dahi. Perlahan-lahan mata aku membesar sebelum memandang Han yang suka-suki menarik kertas soalan aku untuk dibaca.
Weh! Mana aci. Aku tahu kes ni.
"Eh? Saya tahu pasal kes ni.", Han mengumam perlahan dengan kerutan halus didahinya membaca kertas soalan aku.
"Eh?", aku pula meng'eh.
"Pelik betul..", aku bisik sendiri.
"Apa yang pelik?", soal Han sebelum kembali memandang aku.
"Saya pernah baca kes awak ni sebab menarik jadi saya memang baca pasal semua yang jadi. Jadi saya faham soalan ni."
Han menganga kecil sebelum menggeleng kepala dengan senyuman. Apa benda yang digumamnya aku tak dapat tangkap. Telinga aku belum jadi telinga kuali. Jadi tak dengar.
"Kalau macam tu, apa kata kita buat deal?", Han duduk tegak dengan senyuman nipis.
"Deal apa?"
"Saya terangkan pada awak apa yang saya tahu pasal kes ni dan awak buat yang sama untuk kes saya. Kira kita jadi revision partner lah. Macam mana?", soal Han.
Matanya bersinar-sinar memandang aku. Mata aku automatik dikecilkan sebab muka dia terlihat lebih kacak ya. I don't like this.
Hmm... Aku pandang ke sekeliling. Tak tahu nak pandang mana sebenarnya bila disogok muka segak macam ni. Hati batu pun boleh berdegup kencang macam ni.
"Boleh lah."
Suara aku keluar nak tak nak.
"Macam tak sudi je?", Han mengusik.
Aku buat tak dengar, "Awak nak mulakan dulu ke saya?"
"Awak lah dulu. Saya nak dengar awak cakap banyak. Suara awak bak buluh perindu."

ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...