"Segak betul lah budak lelaki tadi tu."
Makcik Emma mengelap sambil komen.
Afzan dan Cane baru sahaja balik. Sempat lagi Cane minta aku bungkus biskut untuk dia bawa balik. Minggu ini juga dia akan balik ke Verona. Ada kerja yang tertangguh katanya.
Aku minta dia bawakan sekali biskut untuk abangnya. Tapi aku tak jamin berapa yang tinggal untuk Crow kalau ada didalam tangan Cane. Bukannya boleh percaya dia tu.
Mencari pasal dengan abangnya dah jadi misi hidup Cane.
"Kalau mummy ada anak perempuan, dah lama mummy jadikan menantu."
Mummy menyampuk sekali. Makcik Emma pula mengangguk-angguk. Bersetuju.
Aku hanya sengih. Kalau mummy tahu sejarah keluarga Cane dan apa yang dia buat, aku tak rasa mummy akan rela hati jadikan dia sebagai menantu.
"Eh? Telefon Helena berbunyi tu.", ujar mummy.
Oh?
Aku keluar dari dapur menuju ke patio di luar. Nama Rosie tertera di skrin.
"Yes, Rosie?", laju aku menjawab.
"I am so sorry, Mrs. Heinreich. But can you come down to the office right now? We have a situation."
Kalau dah Rosie call aku, maknanya apa pun situasi ni, dia dan Daniel tak dapat nak selesaikan.
"How bad is it?", soalku.
Kaki aku sudah melangkah naik ke bilik untuk bersiap. Sementara itu, Rosie menerangkan apa yang aku perlu tahu.
"Okay. I get it. I'm on my way."
"I already sent a car for you."
Serentak itu, mummy muncul di pintu bilik.
"Helena, ada driver tunggu kamu dekat bawah. Kamu nak pergi ke pejabat ke?", soal mummy.
"Ada hal penting, mummy. Tak boleh nak elak."
Mummy mengangguk faham.
"Beritahu Han lah kalau macam tu. Kamu tahu lah suami kamu tu. Risau betul dia."
Aku ketawa bila mummy menggelengkan kepala.
Seperti yang mummy pesan, aku terus telefon Han. Dua kali aku call tapi tak berjawab. Kali ketiga, barulah panggilan aku dijawab. Tapi bukan Han. Sebaliknya PA Han.
"Maaf, Puan Helena tapi Encik Han dalam meeting sekarang. Saya rasa dia tertinggal telefon ni tadi. Puan nak saya dapatkan Encik Han sekarang ke?"
"Oh, tak apa. Boleh awak tolong saya? Lepas dia habis meeting, tolong beritahu dia untuk baca mesej yang saya hantar."
"Boleh, puan. Tak ada masalah."
Sampai sahaja di pejabat, Rosie sudah menunggu aku di lobi. Sejak kami ada di Malaysia, aku tak pernah lagi tengok Rosie nampak risau macam ni.
"I am so sorry to called you here. Although you're on leave."
Rosie senyum nipis dengan kerutan halus didahinya.
"It will be fine, Rosie. We can fix it or just find another solution."
Aku tepuk lengan Rosie dengan lembut.
Masuk sahaja ke dalam pejabat, beberapa staff menyapa aku. Aku cuma tersenyum dan mengangguk. Entah kenapa, aku rasa seperti diperhatikan. Tapi itu mungkin cuma pandangan dari staff yang malu-malu nak tegur aku.
Masuk sahaja ke dalam bilik meeting, Daniel dan seorang lagi staff terus berdiri tegak.
"Mrs. Heinreich!"
ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...
