"Since when our HR department became so lax?"
Tanpa sengaja, suara aku berubah tegas. Rosie dan Daniel berdiri di depan aku dengan muka cuak.
Aku yang minta mereka ke sini sebaik sahaja semua siasatan mengenai perempuan itu selesai. Laju juga mereka buat kerja.
Perempuan yang berani cuba menggoda suami aku rupa-rupanya dapat masuk ke dalam syarikat menggunakan saudaranya. Saudaranya pula bekerja di dalam bahagian HR.
"As soon as I'm gone, they did this kind of things?", ujarku lagi.
Kerutan di dahi ni memang dah melekat. Tak boleh nak hilang bila dengar laporan dari Rosie dan Daniel.
Aku sendiri walaupun anak angkat mendiang Mama Charlotte, harus bermula dari bawah. Tidak ada istilah nepotisme didalam syarikat ini. Semuanya harus seadil yang boleh. Axel sendiri aku latih supaya bekerja dari bawah.
Bina kredibiliti sendiri supaya tidak ada siapa yang boleh memandang rendah kepada diri sendiri. Aku tak mahu dengar kata-kata yang aku dan Axel beruntung sebab berlatar belakangkan keluarga kaya.
Kaya tapi tak pandai nak uruskan bisnes, tak menjadi juga. Nak hidup, kena cerdik.
Aku tak mahu bisnes yang dikekalkan selama beberapa dekad musnah didalam tangan pewaris yang hanya tahu bersenang-lenang tanpa buat kerja. Segala kemewahan datang dengan tanggungjawab yang besar.
Han yang duduk disebelah katil aku, menggosok perlahan tangan aku. Memberikan isyarat untuk aku bertenang. Senyuman di bibirnya penuh kefahaman untuk aku.
Mengeluh perlahan, aku mengira satu sampai lima untuk menenangkan diri.
"We apologise for our incompetence, Mrs. Heinreich. I won't give any excuses for it."
Rosie menunduk sedikit sementara Daniel mengikuti tingkah Rosie. Mereka berdua nampak serba salah.
"What else did you find about her?", soalku.
Entah kenapa aku rasa ada yang tak kena dengan perempuan tu. Mungkin aku paranoid. Mungkin juga aku terlebih fikir. Tapi tak ada salahnya kalau siasat sepenuhnya daripada menyesal kemudian hari.
"She hopped on and off a job quite frequently. This was probably the tenth job she had this year alone. I checked the CCTV that day."
Daniel membaca dari laporan yang dia pegang sebelum dia memandang aku tepat. Wajah Daniel bertukar serius.
"You remember that magazine on her desk? The one that Mr. Han was looking at?"
Aku angguk.
Macam mana aku boleh lupa? Apa yang terjadi hari tu masih melekat kuat dalam kepala aku. Walaupun aku cuba nak lupakan.
"That was from a year ago. We didn't keep anything from last year. We updated our magazines by month.", sambung Daniel.
Kerutan didahi aku kembali.
"Does that mean she brought that with her?", soalku.
Kalau dia sengaja bawa majalah itu, bukan ke maksudnya dia memang nak tarik perhatian Han dari awal lagi? Macam dia boleh agak yang Han ada ada di situ hari itu?
"In the CCTV footage, right before Mr. Han came in, she opened up the pages as if she was waiting for him. Maybe I'm paranoid but something about her is very fishy."
Rosie nampak tak senang. Tergeleng kepalanya dengan wajah yang serius.
Aku pandang Han. Wajah Han juga serius. Tiada langsung senyuman. If looks could kill..
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...