HELENA FATMA
Alhamdulillah.
Alhamdulillah, ya Allah.
Nafas aku yang turun naik sudah semakin stabil. Walaupun Han tiada di sisi aku ketika ini, aku tetap bersyukur sebab berjaya melahirkan anak kami dengan selamat.
"Helena!"
Marissa dan Rosie masuk ke dalam wad selepas dibenarkan oleh jururawat. Mereka yang menunggu di luar sepanjang aku berada di dalam dewan bersalin.
"You did very well, Mrs. Heinreich."
Mata Rosie masih ada sisa air mata. Aku tersenyum melihat Rosie.
"Why did you cry?"
"Hearing how hard was it for you, I remembered my mother. How hard would it be for her as well."
Suara Rosie sedikit terketar menahan emosi. Marissa menepuk belakang Rosie dengan lembut.
"Kita orang pergi uruskan apa yang patut dulu. Nak inform suami kau sekali ni. Aku tak teringat langsung tadi. Kalut punya pasal."
Marissa menyengih.
"Aku pun tak pasti sama ada dia dah jumpa mummy ke belum. Harapnya dah lah.", jawabku.
Itu lagi satu hal. Apa yang terjadi sebenarnya? Harapnya tidak terlalu serius dan dipermudahkan lah.
Tidak lama selepas mereka keluar dan doktor datang memeriksa aku, jururawat datang menolak troli. Senyuman muncul di bibir secara automatik.
Lembut dan cekap jururawat mengajar aku cara memegang bayi dengan betul dan dalam sekelip mata, anak aku didalam pelukan aku.
"Assalamualaikum, Fahd Ilman."
Senyuman aku melebar.
Matanya tertutup dan sedang tidur dengan lena. Dia menangis sekuat hati sebaik sahaja keluar dari perut aku. Tanda dia sihat dan stabil.
Dengan perlahan dan penuh berhati-hati, aku elus pipinya dengan satu jari. Walaupun matanya terpejam, bibirnya seakan tersenyum dengan sentuhan aku. Pergerakannya minimal tapi begitu menakjubkan dimata aku.
Yang kini bergelar seorang ibu.
Inikah yang ibu aku rasakan dahulu? Waktu dia melahirkan aku? Walaupun keluarga aku tidak ada di dalam dunia ini lagi, aku tahu yang mereka pasti gembira dengan anak aku. Cucu pertama mereka.
Mata automatik terasa berkaca. Mula lah aku rasa nak nangis ni.
Bagaikan tahu yang aku mula emosi, anak aku bergerak-gerak bagaikan meminta perhatian. Mengalih perhatian aku daripada tenggelam dalam kesedihan. Bunyi halus keluar dari bibirnya tapi dia tidak menangis.
"Alahai anak mama..", bisik aku perlahan.
Dalam pada nak menangis, nak tersenyum juga. Emosi bercampur-aduk tapi segenap hati aku penuh rasa bahagia.
Cepat lah Han datang ke sini. Tak sabar aku nak tengok dia berjumpa dengan anak kami buat kali pertamanya. Tak sabar juga untuk lihat mummy memeluk cucu pertamanya.
Selepas nurse yang sebelum tadi keluar, datang lagi seorang. Dia tak bercakap. Hanya tersenyum dan mengangguk sebaik sahaja mata kami bertemu.
Memberikan aku privasi dengan anak aku untuk bonding.
*
HAN ILHAM
Di pintu masuk hospital, aku sudah nampak kelibat mereka berdua. Afzan dan Cane yang melambai ke arah aku sebaik sahaja dia melihat aku.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...