BAB 9

1.1K 57 1
                                    

Marissa tersenyum sambil membelek cincin dijari aku. Sudah dua minggu barulah aku buka cerita. Itu pun selepas dipujuk.

Sejak aku menceritakan apa yang berlaku secara ringkas, ada riak dreamy di wajah Marissa.

"Kalau Nazim tak buat macam ni dengan aku, memang aku lipat dia jadi tiga."

Aku ketawa kecil mendengar kata-kata Marissa. Ke situ pulak dia.

"Jangan lah macam tu. Kasihan Nazim dekat Scotland sana. Tak tahu apa, tiba-tiba tersedak.", ujarku.

Marissa sengih, "Kalau dia tersedak pun, dia tahu siapa yang suka mengata dia. Aku je. Biar aku sentiasa ada dalam kepala dia. Tak pandang perempuan lain dah."

Aku hanya senyum. Marissa sudah ada kekasih hatinya sendiri. Dah bertunang dah pun. Siapa sangka kawan aku ni dah ada buah hati walaupun gaya macam single je?

Kalau dia tak cerita, memang aku tak tahu. Lagi pandai berahsia berbanding aku.

"Bila kau dengan Nazim nak kahwinnya?", soalku.

"Tahun depan as soon as dia habis study.", Marissa berjeda sebelum menambah, "Dia yang nak cepatkan, okey! Bukan aku. Dia yang gatal, aku biasa je."

Aku ketawa lagi, "Kut ye. Entah-entah kau yang nak kahwin cepat."

"Persetujuan bersama lah.", Marissa mengaku akhirnya.

"Aku dah agak dah.", jawabku.

"Tapi entah-entah kau yang kahwin dulu?", Marissa menggesel lengan aku dengan muka nak mengusik.

"Tak ada maknanya. Cincin ni tanda je.", aku menggelengkan kepala.

"Walaupun aku still tak faham kenapa dia nak merahsiakan pasal ni, aku yakin yang dia betul-betul bersungguh nakkan kau. So segala cerita yang aku dengar dari budak kelas dia, hilang dah."

Aku berkerut, "Cerita apa pula kali ni?"

Hampir setiap minggu ada sahaja cerita pasal Han yang aku dengar. Han ada girlfriend baru lah. Han tukar girlfriend lagi lah.

Bila aku tanyakan kepada Han, dia cuma ketawa dan kata mereka terlalu banyak berimaginasi.

"Aku dengar daripada budak-budak lain yang perempuan cantik tu cakap Han dan dia nak bertunang. Terkejut aku dibuatnya. Kalau tak disebabkan aku nampak cincin ni, aku pun hampir nak percayakan dia.", jelas Marissa.

"Raja Aliya?", soalku. Ada rasa tak enak mendatang tiba-tiba.

Marissa mengangguk, "Aku terdengar budak-budak kelas dia bergosip dalam bilik air."

Aku tarik sengih, "Sejak bila kau ganti Dinda dengar gosip dalam bilik air ni?"

"Dah diaorang bersembang macam bilik air tu diaorang yang punya. Aku pun tumpang sekaki jelah.", Marissa buat muka tak bersalah.

"Tapi kau perasan tak yang gosip pasal Han ni mesti terbabitkan nama perempuan cantik tu sekali?", soal Marissa.

"Aku perasan juga.."

"Han cakap apa?"

"Dia cakap abaikan je semua tu. Aku cuma perlu yakin dengan perasaan dia dan itu dah cukup untuk dia."

"Damn son! Dia memang selalu baca novel cinta ke macam mana? Smooth gila.", Marissa ketawa besar.

Aku juga ketawa. Memang benda yang sama juga selalu bermain dalam kepala aku.

Ayat Han kadang-kadang macam straight out of novel cinta.

*

"Helena sayang.."

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now