BAB 37

1K 45 2
                                    

Bunyi seseorang berbisik atau berbual dengan suara yang perlahan membuatkan aku terjaga. Mata aku terasa terlalu berat untuk dibuka. Tapi aku gagahkan juga.

Lampu malap. Hanya ada cahaya daripada lampu. Mungkin sudah malam. Bau hospital menusuk ke dalam hidung walaupun bercampur dengan wangian lembut. Macam bau teh hijau. Aku tak bergerak. Hanya mata yang meliar ke sana sini. Melihat ke sekeliling. Tapi mata aku masih tidak berapa jelas. Macam aku dah lama sangat tak buka mata.

"Seboleh-bolehnya jangan biarkan Puan Helena stress."

Bila nama aku disebut, laju aku memandang ke arah suara itu.

Han berdiri di sudut bilik. Tidak begitu jauh daripada aku. Ada seorang wanita yang nampak berusia dalam kot doktor bercakap dengannya. Apa yang dia cakapkan tidak lagi masuk ke dalam kepala aku selepas melihat wajah Han.

Kenapa dia nampak serabut?

Rambutnya sudah bercacak ke sana sini bagaikan tangannya banyak kali meraup rambut. Habitnya bila dia ada banyak benda nak difikirkan. Aku tak nampak jelas tapi itu eye bag ke?

Satu lagi suara masuk ke dalam telinga aku. Baru aku sedar ada alunan surah al-Quran yang begitu perlahan disebelah aku. Bunyinya sayup-sayup. Siapa...

"Helena?"

Mata aku dan mummy bertembung. Al-Quran kecil yang mummy pegang diletakkan diatas meja dengan sepantas kilat sebelum dia mendapatkan aku.

Sebelum mummy sempat sentuh aku dari sebelah kiri, ada tangan yang sudah menggenggam tangan kanan aku. Kali ini mata aku bertembung dengan Han pula. Sekarang barulah wajahnya nampak jelas. Lingkaran gelap memang jelas dibawah matanya. Sama ada dia tak cukup tidur atau dia tak tidur langsung.

"Sayang?"

Suara Han begitu lirih. Macam dia sudah lama tak berjumpa dengan aku. Macam tak sangka yang aku akan buka mata semula. Jadi aku boleh agak yang aku tidak sedarkan diri lebih lama dari normal.

"Puan Helena?"

Doktor tadi ada disebelah Han. Senyumannya lembut. Senyuman keibuan.

"Han, bagi ruang untuk doktor periksa Helena."

Han memandang ke mummy sebelum kembali memandang aku. Wajahnya nampak tidak rela bila dia melepaskan tangan aku. Memberikan ruang untuk memeriksa aku.

Lampu bilik menjadi lebih cerah. Mata aku menjadi silau dengan serta-merah. Berkerut aku dibuatnya. Han laju meletakkan tangannya di atas mata aku, menghalang dari cahaya dari terus membuatkan aku berkerut.

Bilik wad aku menjadi sedikit sibuk dengan beberapa jururawat yang mula memeriksa aku bersama doktor. Pelbagai soalan yang ditanya tapi aku tidak dipaksa untuk menjawab dengan panjang. Suara aku sedikit perlahan dan tekak terasa kering.

"Minum ni sikit, sayang."

Han menghalakan segelas air ke arah aku. Bila aku terima, hampir sahaja gelas itu jatuh kalau Han tak sambut. Mata aku membulat bila melihat tangan aku yang terketar perlahan. Suasana menjadi sepi. Semua orang bagaikan terkejut. Apatah lagi aku.

Kenapa dengan aku?

"Tak apa, biy pegangkan.", Han bersuara dengan senyuman nipis.

Dalam kebingungan, aku minum. Membasahkan tekak sehingga aku rasa lebih selesa. Tanpa menunggu lagi, aku terus bertanya kepada doktor.

"Kenapa dengan saya sebenarnya, doktor?"

Soalan yang dia tanya sama seperti soalan yang ditanyakan kepada Axel selepas dia masuk ke dalam hospital dahulu. Kenapa soalan yang sama ditanyakan kepada aku?

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now