Fluffy mode on.
Haih.
Entah kali ke berapa aku mengeluh hari ini. Tak sampai setengah jam yang lalu, aku dapat panggilan daripada peguam yang mewakili Han.
Prosiding mahkamah ditangguhkan.
Sekali lagi.
Aku tahu kes Han tidak akan berjalan sepantas yang aku mahukan. Tapi aku tak menjangka yang ia akan jadi selambat ini. Perempuan itu dan team dia gunakan pelbagai cara untuk melambatkan prosiding dan berjaya.
Dokumen yang sepatutnya aku semak terhenti separuh jalan. Tak boleh nak fokus.
Cane beritahu aku yang perempuan itu masih ditahan di hospital dengan sekuriti maksimum. Bukan sahaja daripada pihak hospital tapi daripada Cane sendiri.
Tapi aku masih rasa tak sedap hati.
Tangan aku naik mengusap perut yang menunggu hari. Menunggu hari untuk berjumpa dengan anak lelaki aku. Pada awalnya aku minta doktor rahsiakan gender anak aku. Tapi secara tidak sengaja, kami dapat tahu minggu lepas.
Hujung bibir terjungkit secara automatik. Anak aku belum lahir lagi tapi kasih sayang aku untuknya melimpah ruah. Aku akan lakukan apa sahaja untuk pastikan dia selamat.
"I love you so very much.", bisikku perlahan.
Belum lahir lagi, aku rasakan rindu yang mendalam untuk anak aku.
Macam ini agaknya perasaan arwah ibu semasa mengandungkan aku dan arwah abang. Kalau ibu bapa aku dan mama Charlotte masih ada, mereka mesti teruja nak sambut cucu. Dan abang mesti seronok nak dapat anak buah.
Kalau lah..
"Kenapa sayang nampak sedih?"
Aku mendongak dan mata aku bertemu dengan wajah Han. Tangannya naik mengusap pipi aku sebelum bibirnya mengucup tepi dahi aku dengan lembut.
Tali leher biru gelap yang dia minta aku pilihkan pagi tadi sudah longgar di kolar. Kedua belah lengan baju disinsing naik hingga ke lengan.
Tipikal Han baru balik kerja.
Macam ni pun nampak sangat tampan di mata aku.
Dah habis waktu kerja rupanya. Lama aku didalam home office Han sampai tak perasan masa yang berlalu.
Aku mengeluh sekali lagi dan memeluk pinggangnya. Menyembunyikan wajah aku di sebalik perut Han.
Dia berdiri tegak disebelah aku. Terkejut mungkin dengan aku yang tiba-tiba. Berbeza dengan Han, aku jarang tiba-tiba manja sebegini.
Tangan Han naik mengusap kepala aku. Sebelah lagi tangannya menggosok lembut belakang kepala aku.
"Share with me?"
Lembut Han bertanya sekali lagi.
Aku gelengkan kepala. Terlalu banyak benda yang Han nak fikirkan. Tambah pula dia baru sahaja mula bekerja semula. Aku tak nak buat dia serabut.
"Ini pasal prosiding kena tangguh lagi ke?", soalnya.
Aku diam sesaat.
"Yes and no."
Han pula diam. Bagaikan memikir. Aku tahu yang dia ada soalan lain. Dia takkan biarkan aku bersedih sendirian.
"Ini pasal biy ke? My nightmares?"
Aku geleng kepala sebelum menarik nafas berat.
"Biy tahu sayang akan sentiasa sokong biy. Especially through your tough times. It's just.."
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...