BAB 23

1K 40 0
                                    

Dalam masa yang singkat selepas mummy keluar dari hospital, majlis merisik dan bertunang diadakan sekaligus. Mummy tidak lagi membenarkan aku memanggil dia sebagai auntie. Setiap kali aku tersasul, dia akan berbatuk-batuk. Dari situ aku dah tahu dimana perangai sneaky Han datang.

Mama Charlotte dan Aldo terbang dari tanah Jerman ke Malaysia sebaik sahaja aku beritahu niat aku untuk berkahwin dengan Han. Pada mulanya aku risau kalau mama membangkang. Tapi sebaliknya. Mama menyokong aku sepenuhnya.

Susah juga aku menahan rasa nak ketawa bila melihat mama yang nampak yakin sahaja dalam menjadi wakil keluarga aku semasa sesi perbincangan. Aldo pula nampak tenang sahaja. Aku yakin dia sudah siap buat research bagaimana sesi merisik dan bertunang mengikut adat Melayu. Aldo kan butler serba boleh. Rosie juga nampak tenang.

Semuanya berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan secara private dan ringkas dengan jemputan yang meliputi keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat. Hanya Marissa, Nazim dan Zarina sahaja yang dapat hadir. Dinda dan Zaril pula berjanji untuk pulang bila majlis perkahwinan diadakan nanti.

"My baby is going to be a wife soon.", mama memeluk aku sebaik sahaja majlis selesai.

Aku memeluk mama semula sambil mengusap belakang badannya, "And you will be with me with every step I take?"

Mama merenggangkan pelukan tapi tak melepaskan aku bila dia mengangguk dengan penuh yakin, "I will always be there for you."

Dia memandang ke sekeliling sebelum berbisik, "And if he ever did something stupid again, tell me and I will take you to Berlin in a heartbeat."

Kenyitan mata dari mama membuatkan aku ketawa. Wajah cheeky mama berubah kepada senyuman lembut.

"You look happier now, schatzi. You look content.", sambung mama.

"I am."

Sejujurnya, aku memang merasa lebih tenang sekarang. Lebih gembira. Mungkin ini yang dimaksudkan dengan terima takdir dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Baru sahaja mama menyebut pasal ketenangan, ada bunyi kecoh yang datang dari pagar. Aku dan mama saling berpandangan. Sama-sama terpinga-pinga.

Han dan Nazim tersenyum dan meminta tetamu meneruskan apa yang dilakukan sementara mereka berdua pergi melihat apa yang tidak kena. Bila Han memandang ke arah aku, dia menggelengkan kepala. Isyarat supaya aku tak ikut.

Tapi aku rasa tak sedap hati. Jadi aku bawa mama kepada mummy. Rosie yang bijak membaca situasi pantas mengalih perhatian mereka berdua dengan plan perkahwinan aku pula. Aldo pula mendekati aku.

"A woman was yelling at your fiance, Helena. I assume she's the ex wife.", bisik Aldo kepada aku.

Aku mengangguk faham dan Aldo mengikuti aku ke pagar. Sebaik sahaja kami menghampiri, mereka bertiga masih disitu. Suasana agak tegang. Benda ini sudah aku jangka. Aku tahu yang Aliya tidak akan menerima berita pertunangan Han dengan mudah.

Aldo memberi isyarat supaya kami tunggu dan lihat. Jadi aku dan Aldo menyorok. Menunggu masa.

"Mana perempuan tu, Han?! Tunjukkan pada I mana perampas tu?"

Aliya meninggikan suara dengan mata yang dibuka luas. Dia cuba mendekati Han tapi cekap Han menjarakkan dirinya. Nazim pula pantas mengambil tempat didepan Han.

"Stop it, Aliya. Cukup-cukup lah semua kegilaan you ni. You dengan Han dah bercerai punya lama, perampas apanya?"

Suara Nazim cukup tegas dan tegang. Bagaikan sudah mula hilang sabar.

"Han milik I! Tak kira lah dah bercerai ke tak ke, Han tetap milik I.", Aliya menjawab dengan selamba sebelum menukar taktiknya.

Dia memandang ke arah Han dengan suara yang dilembutkan, "You know how good we were together, Han. Perempuan tu takkan jadi yang terbaik untuk you. Dia tak setanding dengan you. I yang terbaik untuk you. I cuma.. tersalah langkah."

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now