HELENA FATMA
Sentuhan lembut di bahu membuatkan aku tersedar dari lamunan. Selepas membaca akhbar yang penuh dengan berita mengenai pemergian mama, aku menghabiskan masa dengan termenung. Sesuatu yang sudah lama aku tak buat sejak mula bekerja.
"Helena dah makan?"
Suara mummy lembut. Sarat dengan rasa risau.
Aku memanggung kepala dan mengangguk, "Dah, mummy."
Mummy mengambil tempat disebelah aku. Matanya memandang ke arah Han yang duduk disebelah aku. Han yang berpura-pura membaca akhbar dari tadi. Ye sangat baca akhbar sampai sejam tak habis-habis.
Walaupun aku tak layan dia sama sekali, Han ada di mana-mana aku berada. Dia akan berbual dengan aku. Bagaikan perang dinginnya sebelum ini tak pernah berlaku. Aku biarkan sahaja perbualan berjalan satu pihak. Aku tak ada niat sama sekali nak menjawab.
Sebab aku penat. Mental dan fizikal.
Aku tak pasti sama ada kepenatan ini disebabkan aku yang sedang mengandung atau apa. Yang pasti, aku rasa sangat penat. Kalau boleh, aku tak nak bercakap sama sekali.
Sama seperti Han, mummy membuka akhbar dan mula membaca. Aku tahu yang mereka hanya mahu menemani aku.
Tidak lama mummy duduk, Aldo pula sampai.
"Helena, Mr. Licht is here and Axel is on his way."
Aku mengangguk dan bangun. Meninggalkan dua beranak itu selepas meminta diri. Mereka berdua memandang kami dengan wajah penuh tanda tanya.
Masuk sahaja ke dalam pejabat yang dulunya milik mama, Mr. Licht sudah tersenyum ke arah aku. Senyum simpati.
"I'm sorry for your loss, Helena."
Suaranya tenang dan penuh dengan empati.
"I'm sorry for yours as well, Mr. Licht."
Mr. Licht adalah kawan rapat dan juga peguam keluarga Heinreich. Bermula dari datuk kemudian ayah dan kini dia yang menjadi peguam keluarga ini. Sudah tiga keturunan keluarga Licht berkhidmat dengan keluarga Heinreich.
Senyuman Mr. Licht nampak sedikit mendung.
"I'm glad I got to see her before I went away.", ujar Mr. Licht.
Dia sentiasa melawat mama di hospital. Cuma di dua hari terakhir, dia tak dapat melawat. Ada urusan kerja di luar Berlin.
"I bet she felt the same as well."
Untuk pertama kalinya, aku lihat wajah Mr. Licht yang nampak sedikit emosional. Dia sentiasa nampak tenang. Emosinya sentiasa dikawal. Tiada siapa boleh meneka apa emosi disebalik wajahnya.
Tapi hari ini.. aku lihat perubahan wajahnya.
Mama pernah menceritakan tentang dia dan Mr. Licht. Cinta pertama mama adalah Mr. Licht. Mama hanya bercerita tentang sesetengah benda. Memori manis. Aku tak tahu apa yang terjadi kerana mereka berdua berkahwin dengan orang lain. Tapi apa yang aku nampak, perasaan Mr. Licht sama seperti mama.
The one that got away.
"Please have a seat, Mr. Licht."
Dia mengangguk dan wajahnya kembali professional. Beberapa dokumen dikeluarkan dari begnya. Semuanya disusun diatas meja untuk aku lihat.
"These are all that you had sign before. I'm giving you a copy for each."
Aku mengangguk dan membaca sekilas dokumen didepan aku. Semuanya sebenarnya sudah diselesaikan semasa mama didalam hospital lagi. Mama yang berkeras nak aku tandatangan dokumen mewarisi syarikat Heinreich.

ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...