BAB 44

863 38 0
                                        

HELENA FATMA

Perut aku semakin besar.

Besar dengan jayanya.

Marissa cakap besar perut aku kalah masa dia mengandung. Sementara Dinda dan Zarina pula tak sabar-sabar nak tunggu aku melahirkan. Zaril pula dah janji nak balik bila dah nak dekat due date. Aku yang nak beranak, dia pulak yang excited.

Masa juga berlalu dengan tenang. Tiada apa lagi yang membuatkan aku stress. Kerja banyak tapi tak ada apa yang aku tak boleh buat. Lagipun kerja yang banyak maknanya bisnes juga berjalan dengan lancar.

Axel juga sudah mula serius dengan kerja yang diberikan oleh Aldo. Sambil belajar, dia juga bekerja dengan syarikat di sana. Tempat untuk dia memang sudah ada. Hanya menunggu dia habis belajar.

Aku suruh dia habiskan studi dulu tapi dia yang nak buat dua benda sekali gus. Katanya kalau aku boleh, dia pun boleh. Aku tak kisah tapi jangan nanti call, merengek cakap penat. Memang aku suruh Aldo sekeh cucunya tu.

Kereta Han sudah menunggu di luar bangunan. Laju aku mendapatkan dia. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, senyuman yang mencairkan jiwa dari Han membuatkan aku ikut tersenyum.

Kini setiap hari dia akan menghantar aku pergi dan balik kerja. Walaupun dia nampak lebih tenang sekarang, ada masanya dia jelas nampak risau. Dia tak cakap tapi aku tahu. Aku tak mahu membuatkan dia lebih risau jadi aku biarkan sahaja.

Itu pun sebab dia dah berpindah pejabat yang dekat dengan bangunan pejabat aku. Kalau tidak, memang aku tak tergamak nak biarkan dia ambil dan hantar aku kerja. Pejabat lama dia jauh juga.

"Macam mana dengan isteri kesayangan biy hari ni?"

Soalan biasa Han membuatkan aku ketawa.

"Macam biasa lah. Anak kita tak nak tanya?"

Han mengerling ke arah aku sesaat sebelum kembali fokus ke jalan didepannya.

"Anak kita tak susahkan mama dia kan?"

Aku usap perut aku dengan rasa kasih sayang yang melimpah ruah. Aku bersyukur sangat yang alahan aku biasa sahaja. Malah boleh dikatakan hampir tiada. Segala artikel menakutkan tentang morning sickness, aku tak alami semua itu.

Kalau ada pun, biasa sahaja dan hanya sekejap.

"Anak mama ni baik sungguh. Jangan lah jadi macam ayah dia."

"Apa salah biy??"

Aku ketawa tanpa menjawab.

Han menyoal sekali lagi, "Sayang. Tell me. Biy ada buat salah ke?"

Tangan aku diraih dan digenggam.

Nada risau Han buatkan aku serba salah pula. Dia memang senang risau betul kalau aku cakap macam ni. Risau kalau dia menyinggung perasaan aku tanpa sedar. Siapa yang tak terharu kalau macam ni?

"No, no. Sayang gurau je.", aku usap tangan Han sebelum tangannya aku bawa ke bibir dan kucup sekilas.

Han menarik nafas lega.

"Biy ingat biy buat sesuatu yang dah sakitkan hati sayang. I'm sorry if I did."

Laju aku menggeleng kepala.

"No need. You're the best husband ever."

Kata-kata aku membuatkan Han tersenyum lebar. Apa yang aku katakan memang ikhlas. Han memang suami terbaik yang aku boleh idamkan. Dia betul-betul menebus semula segala kesalahannya sebelum ini. Walaupun aku berulang kali cakap biarkan sahaja benda yang dah berlalu, dia tetap berdegil. Jadi, aku juga cuba jadi isteri yang sebaik-baiknya untuk dia.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang