"Aku tak beritahu kau eh yang dia cerai setahun lepas tu?"
Suara Marissa bergema di gegendang telinga. Selepas berjumpa dengan Han, aku nak bertanyakan kepada Marissa tapi baru berkesempatan selepas seminggu.
Banyak kerja yang perlu dilakukan sambil menepis permintaan dari pihak media untuk temu bual aku.
Ini pun aku hanya sempat menelefon Marissa di lapangan terbang. Menunggu masa untuk pulang ke Malaysia.
Tak sangka selepas aku muncul secara rasminya, aku mendapat begitu banyak perhatian. Muka aku ada di mana-mana didalam internet.
Macam ini agaknya apa yang dialami artis.
Aku runsing juga pada awalnya tapi nasihat dari mama Charlotte menenangkan aku. Dia kata kalau aku biarkan tanpa pedulikan mereka, semua akan kembali normal. Jadi aku abaikan semuanya.
Lagipun, aku cuma ahli bisnes. Bukannya selebriti. Tak logik untuk mereka kekal mengikuti perkembangan aku selepas ini.
"Tak ada. Aku terkejut masa dia beritahu pasal tu.", aku menjawab semula.
"Well.. Lepas Nazim cerita apa yang jadi, aku rasa Han memang penyabar sangat. Kalau aku dekat tempat dia, memang dah lama kena perempuan tu."
Marissa kedengaran penuh emosi. Suaranya begitu marah. Bila Marissa pun sama marah macam ni, mesti situasi yang menyebabkan penceraian itu agak teruk.
Aku nak bertanya tapi aku tak ada hak untuk tahu pasal itu.
"Kau tak tanya dia kenapa dia cerai?", soal Marissa bila aku tidak membalas.
"Hesy, kau. Takkan lah aku nak tanya dia? Aku ni dah lah bekas girlfriend dia.", aku menggelengkan kepala.
"Alah, kalau kau tanya mesti dia beritahu. Apa je yang dia cakap lagi masa kat kafe tu?", nada membawang Marissa sudah bermula.
"Um.. this and that. Benda biasa je.", aku menjawab acuh tak acuh.
"Mesti dia cakap yang dia masih cintakan kau kan? Kan?"
Tekaan Marissa yang begitu tepat membuatkan aku hilang kata-kata. Bagaikan tahu dia teka dengan betul, Marissa ketawa senang hati.
"Aku dah agak dah! Dia banyak kali cakap kalau dia ada peluang, dia takkan biarkan peluang terlepas. Go Han!", Marissa bersorak.
Suka pulak ibu mengandung ni. Nak marah, tak boleh. Kawan baik sendiri.
Aku mengeluh sebelum bersandar di kerusi, "Berbaloi ke untuk ulang benda lepas? Macam tak je. Macam mana kalau benda yang sama terjadi? Macam mana kalau dia buat benda yang sama lagi? Walaupun ibu Han nampak baik, aku tak tahu kalau dia boleh terima aku. Ugh, bercakap pasal ibu Han.."
"Bila kau pernah jumpa dengan bakal mak mertua kau?", soal Marissa dalam rasa terkejut dan teruja.
"Masa aku melawat kubur keluarga aku.", aku mula ceritakan secara ringkas apa yang berlaku, "Dan aku dapat mesej dari ibu dia. Auntie Sarimah ajak aku ke rumah dia sebab dia dah terima surat-surat yang aku hantar. Dia ajak aku baca sekali isi surat tu. Aku nak pergi tapi.."
Bila auntie Sarimah ajak, mestilah aku berkobar-kobar untuk pergi. Aku nak tahu bagaimana kehidupan ibu bapa aku semasa masih muda dahulu.
Tapi.. macam mana kalau Han tinggal dengan ibunya?
Aku dapat rasakan yang dia akan ada di situ sekali.
"Pergi. Tak ada tapi-tapi. Kau tak nak tahu ke macam mana kisah arwah parents kau? Kau selalu cakap yang kau teringin nak tahu pasal hidup diaorang sebelum ni. Jadi, inilah masanya.", nada suara Marissa bersungguh-sungguh.
ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomantikHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...
