Han tak bercakap langsung sampai lah kami sampai di klinik. Terasa sangat dekat berbanding dengan kalau aku jalan kaki.
Aku buka pintu tanpa menunggu dia.
"Thanks.", ucapku sebelum keluar.
Berjalan keluar, aku masuk ke dalam klinik dengan perlahan-lahan. Tenaga orang yang sakit.
Aku letakkan kad pelajar aku dikaunter. Muka jururawat terkejut bila melihat muka aku. Laju dia mendapatkan aku.
"Pucatnya muka awak, dik.", ujarnya sebelum menolong aku untuk duduk.
Aku hanya tarik sengih. Entah macam mana rupa sengih aku.
Aku menyandar ke dinding dengan nafas yang turun naik. Rasa penat. Tak sampai beberapa minit, jururawat tadi membawa aku ke bilik doktor.
Mujurlah tak sampai pesakit hari ini. Kalau tak, memang lama lah aku menunggu.
Berbeza dengan sebelumnya, doktor mengambil sample darah aku untuk diuji sebelum meminta aku berbaring dikatil kosong sementara aku menunggu.
Aku menolak dan duduk menunggu diluar. Aku tak suka duduk diatas katil pesakit. Mendatangkan memori yang tak menyenangkan.
Mereka tak memaksa tapi meminta aku berehat sementara menunggu keputusan keluar.
Sebaik sahaja keluar dari bilik doktor, Han berdiri mendapatkan aku. Tangannya naik cuba menyentuh lengan aku.
"Don't touch me.", ujarku.
Tangan Han jatuh semula. Aku tak pandang wajahnya dan terus duduk dikerusi berdekatan. Yang penting jauh daripada dia. Tapi tak ada gunanya bila dia duduk disebelah aku. Tak larat nak melarang, aku biarkan sahaja.
"Kenapa awak tak beritahu saya yang awak sakit?"
Han memulakan bicara. Aku tak menjawab.
"Kalau saya tak terdengar daripada Marissa tadi, saya tak tahu yang dah dua hari awak sakit.", ujarnya lagi.
"So awak kenal Marissa? Kenal saya?", aku bersuara akhirnya.
Han diam mendengar kata-kata aku. Tak mungkin dia tak faham apa yang aku katakan. Aku perli secara terus je ni.
"Saya.. saya minta maaf.", ujarnya lagi.
Aku pejamkan mata. Daripada awal hubungan sampailah sekarang, itu jelah yang bermain di bibir Han. Minta maaf. Ini bukan kali pertama dia buat-buat tak kenal aku bila dia dengan kawan-kawannya.
Dan bukan kali pertama juga aku terasa. Cuma kali ini.. Ini kali pertama aku menyuarakan yang aku terasa.
Sungguh terasa.
"Please, Helena. Marah saya. Pukul saya. Tapi jangan diam macam ni.", rayu Han dengan suara sedih.
"Bukan ini yang awak nak? Bercinta diam-diam jadi nanti putus pun diam-diam?", suara aku kosong daripada sebarang emosi.
Macam robot. Aku letih.
"Helena! Jangan cakap macam tu.", suara Han bergetar perlahan.
"Sudah lah, Han. Saya tak faham game apa yang awak mainkan bila awak ada seseorang yang jauh lebih layak di sisi awak.", aku mendengus kasar.
"Helena.. dia cuma sepupu saya. Percayalah. I love you. Only ever you!"
Ayat yang biasa Han ucapkan kepada aku. Sekarang macam tak terjentik hati aku.
Han tak sempat bersuara lagi bila nama aku dipanggil masuk ke dalam semula. Aku bangun meninggalkan dia tanpa berpaling ke belakang.
Keputusan yang keluar mengesahkan ada jangkitan kuman dalam darah aku. Demam aku yang turun naik adalah kesan daripada itu.

YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...