BAB 16

1.6K 51 1
                                        

HELENA FATMA

Air kopi diatas meja aku ambil dan sisip sedikit.

Mak uih, manisnya?

"Um.. Helena, itu air saya."

Aku kembali memandang lelaki didepan aku. Dia nampak malu-malu. Jauh berbeza daripada sejam yang lalu.

Patutlah manis semacam. Air dia rupanya. Walaupun malu, aku buat selamba dan lap straw dengan tisu.

Buat macam tak ada apa, aku tolak semula airnya ke depan.

Macam mana lah aku boleh tersalah ambil ni?

Bila anxiety aku sudah berkurangan, ini pula yang terjadi. Malu!

"Sorry.", aku menjawab sepatah sebelum ambil semula air aku.

Han memandang aku dengan pandangan yang lembut. Sama macam dulu. Cuma bezanya wajah remajanya dahulu sudah bertukar dewasa.

Wajahnya nampak lebih matang dan maskulin. Berbeza dengan wajah keanak-anakannya dulu.

Sepatutnya aku yang segan sebab terminum air dia.

Tapi kenapa pipi dia yang merah? Eh, tak faham lah.

"Saya..", Han buka mulut semula, "Saya tak sangka awak Helena Heinreich."

Sejam yang lepas, syarikat kami berdua adakan majlis perasmian projek sekaligus memperkenalkan aku melalui press conference.

Semua ini idea Mama Charlotte yang sudah lama ditangguh atas alasan aku tidak bersedia. Kali ini, aku terima sahaja tanpa banyak soal.

Walaupun berhari-hari juga aku prep diri sendiri. Bagi kata-kata semangat kepada diri sendiri.

Perasmian diadakan di Berlin jadi pihak syarikat Han terbang ke sini dengan jemputan khas. Salah satu sebab kenapa aku redha sahaja.

Aku cuba berunding dengan mama. Untuk tangguh lagi umumkan siapa aku.

Tapi..

Aduh. Mama buat ayat sedih dan dramatik.

Nak tak nak, aku terima. Lagipun kami dah bertembung dalam hidup masing-masing sekali lagi.

Projek ini akan mengambil masa dan mustahil untuk aku kekal bersembunyi kalau Han adalah pemilik syarikat kerjasama ini.

Dah tiba masanya aku keluar dari bayang-bayang mama. Walaupun aku tahu privasi aku bakal dicerobohi selepas ini.

Sesuatu yang aku sangat tak gemar.

Waktu press conference tadi, ramai yang jelas tidak sangka aku lah bakal pengganti mama nanti. Wajah terkejut Han adalah yang paling ketara sekali.

Tapi Han tidak kekal terkejut dan dia mengekalkan ekspresi wajah professionalnya. Sebaik sahaja semuanya selesai, dia mengajak aku untuk minum. 

Pada mulanya aku nak tolak. Tapi Mama Charlotte menasihatkan aku supaya bersetuju. Untuk aku lihat apa perbezaan Han dulu dan sekarang.

Sejujurnya aku sudah lama memaafkan Han tapi aku tak pasti bagaimana perasaan aku kalau aku duduk satu meja dengan dia. Jadi mama nasihatkan supaya aku pergi dengan hati yang terbuka.

Tapi, sepuluh minit berlalu. Han nampak teragak-agak. Cuaca agak sejuk. Dalam kafe ini pun biasa-biasa sahaja jadi kenapa dia berpeluh-peluh?

Gugup sangat ke?

"Saya ambil nama keluarga Mrs. Heinreich lepas dia ambil saya jadi anak angkatnya.", aku menjelaskan.

Han mengangguk faham, "Tapi.. kenapa awak tak pernah tunjuk muka selama ini? Semua orang hanya kenal nama awak. Macam masa kita di Malaysia, awak tak pernah muncul. Suara awak masa meeting pun berbeza."

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang