BAB 27

1.1K 44 0
                                        

Selepas mummy beritahu yang ada kuih-muih sejuk beku, aku goreng itu pula untuk tambah makanan.

Rasa macam sikit sangat pulak kan?

Siap makanan untuk bersarapan pagi ini, kami bertiga duduk semeja makan bersama. Tangan Han sibuk ke sana sini meletakkan makanan didalam pinggan aku. Sekejap letak karipap, sekejap dia tambahkan lagi bihun.

Mummy yang hanya memerhatikan kami akhirnya bersuara.

"Cukup lah tu, Han. Dari tadi kamu tak berhenti letak makanan dalam pinggan Helena. Dia dah kenyang dah tu."

Tangan Han berhenti di udara dan matanya terkerdip-kerdip memandang mummy sebelum memandang aku dengan wajah bingung.

"Kenapa awak tak cakap?", suara Han lembut.

Aku menyengih.

"Macam mana Helena nak cakap kalau kamu asyik isi je pinggan dia?"

Mummy menjawab untuk aku. Dapatlah aku tarik nafas lega akhirnya pinggan aku kosong juga akhirnya.

Memang pada mulanya aku makan sikit sahaja dan bersyukur Han isi pinggan aku lagi tapi selepas kali ketiga, aku dah tak larat.

Rasa tak sampai hati nak cakap dah kenyang sebab Han nampak senang hati melayan aku.

"Tapi kalau Helena tak habis, Han kan ada."

Han menjawab dengan muka yang bangga. Untuk apa, aku pun tak tahu. Takkan lah aku nak bagi dia makan lebihan aku pulak.

Mummy menggelengkan kepala. Nampak dah fed up nak melayan anaknya sendiri. Tapi bila mummy memandang aku, bibirnya menarik senyuman keibuan.

"Helena tak plan nak pergi honeymoon ke?", soal mummy.

"Selagi projek tak selesai, rasa tak sedap pulak nak pergi honeymoon. Kalau semuanya selesai, in shaa Allah boleh honeymoon lama sikit."

Memang aku sudah bincangkan dengan Han dan dia juga bersetuju. Untuk majlis ini pun, kami hanya akan ambil ekstra cuti dua hari sebelum kembali bekerja.

Senyuman mummy melebar, "Nanti lepas honeymoon, mana tahu ada berita gembira pula selepas tu kan?"

Aku terkedu sesaat sebelum ketawa kecil. Faham sangat dengan apa yang dimaksudkan mummy.

"Itu tak payah tunggu honeymoon, mummy.", Han menyampuk dengan muka tak bersalah.

Aku renung Han yang tersenyum manis bila mata kami bertemu.

Dia ni kan. Aku rasa lepas kahwin ni, aura gatal dia bukan main-main eh? Kalau sebelum kahwin dia macam ni, memang aku balik Berlin dan takkan datang sini dah. Nasib baik lah dia gatal selepas kahwin.

"Mummy ingatkan Charlotte akan stay lama sikit tapi lepas habis wedding dia terus balik. Baru ingat nak sembang-sembang."

"Mama Charlotte ada dekat KL nak dekat seminggu. Hari-hari mummy keluar berjalan dengan dia sampai lupa anak mummy dekat rumah ni.", Han mencelah sebelum ketawa kecil.

Mummy buat muka selamba sebelum memandang ke jam tangannya, "Eh, mummy kena pergi ke kelas lah."

Han ketawa lagi kuat bila mummy buat tak dengar komennya.

"Mummy nak Helena hantarkan ke?", pelawaku.

Mummy tersenyum lebar, "Boleh juga. Balik nanti mummy nak pergi ke rumah kawan mummy sekejap jadi Helena tak payah ambil."

Aku mengangguk faham, "Mummy pergi bersiap dulu lah sementara Helena kemaskan meja."

"Terima kasih, Helena.", mummy tersenyum dan terus naik ke atas.

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang