Sudah masuk beberapa minggu aku di sini. Kerja berjalan seperti biasa. Bagaikan tak ada beza pun di sini atau di Jerman.
Aku tetap sibuk. Tambah pula nak mulakan projek baru untuk kukuhkan kedudukan syarikat di sini dengan syarikat tempatan.
Salah satu sebab kenapa aku diimport ke sini oleh mama. Dia percaya aku boleh ketuai projek di sini memandangkan aku lahir dan membesar di sini.
Pada awalnya sedikit kekok memandangkan tata kerja di sini dan di Jerman berbeza. Tapi lama-kelamaan aku boleh sesuaikan diri. Jati diri aku sebagai anak Malaysia masih tebal.
Pintu diketuk ketika aku sedang berdiri memeriksa flow chart yang aku tampal di whiteboard. Segala benda yang aku rasakan penting tapi tak terlalu confidential, semuanya aku tampal di situ.
Pelik sikit untuk orang lain tapi berkesan untuk aku. Rasa macam boleh nampak semuanya dengan lebih senang.
"Miss Heinreich, your lunch dates are here."
PA yang aku bawa bersama dari Jerman, Rosie, menjengul dimuka pintu sebelum dia membuka luas selepas aku mengangguk. Menunjukkan Marissa yang datang bersama Zarina.
"Zarina!"
Laju aku mendapatkan Zarina sebelum memeluk dia dengan ganasnya. Rindu gila!
"Thanks, Rosie.", sempat aku berterima kasih kepada si gadis bermata hijau ini.
Sudah tiga tahun dia bekerja dengan aku atas desakan mama untuk mengurangkan beban kerja aku. Terlalu workaholic katanya.
Apa yang mama tidak tahu adalah Rosie sama sahaja dengan aku. Sebab itu aku mudah mesra dengannya.
"Do you need any refreshments?", soal Rosie.
"No, thanks. We'll head out after a moment.", jawabku.
Seperti biasa, Rosie tersenyum nipis sebelum kembali ke tempat duduknya. Kekal professional. Walaupun aku tahu betapa gila-gilanya dia di luar pejabat.
Marissa dan Zarina masuk ke dalam sebelum aku menutup semula pintu. Kebiasaannya aku tak tutup pintu kecuali bila aku memerlukan konsentrasi yang tinggi. Tapi disebabkan Marissa, aku rasa lebih baik aku tutup. Suara dia je dah boleh sampai ke bangunan sebelah.
"Kenapa PA kau panggil kau Miss Heinreich?", soal Zarina.
"Sebab dekat sana aku pakai last name ibu angkat aku. Nak memudahkan kerja."
Aku menjawab ringkas sambil mengemas semula dokumen yang sudah aku periksa. Biarlah aku simpan cerita sebenar kenapa aku gunakan nama itu. Panjang kalau nak cerita.
Zarina mengangguk faham dengan mulut berbentuk 'o'. Makin comel pula kawan aku ni sejak dah bertunang ni.
"Kau tengok muka dia, Helena. Semacam kan? Mentang-mentang dah ada tunang.", Marissa menyuarakan apa yang ada didalam kepala aku tak sampai beberapa saat lepas.
Aku ketawa bila Zarina mengecilkan matanya kepada Marissa.
"Kau.. nasib baik ada baby je dalam perut tu. Kalau tak aku cubit kau.", balas Zarina.
Marissa ketawa besar sambil mengusap perutnya, "Terima kasih, baby. Jadi shield ibu."
Zarina menggelengkan kepalanya, "Aku rasa tak jumpa dia dalam sebulan lebih je. Tapi perut dia dah makin besar."
Aku mengangguk. Masa dia ambil aku di airport, tak nampak jelas lagi.
Dalam masa beberapa minggu je, bump Marissa dah nampak jelas. Comelnya.
"Sekarang ni, kalau ada Dinda dengan Zaril, dah lengkap dah geng kita.", aku tersenyum sendiri.
Dinda sekarang ikut suaminya yang bertugas di Qatar manakala Zaril masih ada di Hong Kong untuk urusan bisnes. Bila kami berbual semalam, bukan main lagi panjang muncungnya tak dapat join nak berkumpul.
![](https://img.wattpad.com/cover/263903737-288-k672245.jpg)
YOU ARE READING
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...