BAB 41

901 38 0
                                    

"Jadi sebab tulah muka dia orang berdua jauh berbeza?"

Aku menguap sambil menganggukkan kepala. Perjalanan balik dari pejabat dipenuhi dengan soalan-soalan Han mengenai dua sepupu itu. Mujurlah dalam berbual, aku boleh juga buat kerja. Disebabkan aku dah lama tak jumpa Cane, macam-macam benda juga lah yang dibualkan tadi.

Sementara Han memang terus duduk di pejabat aku sehingga waktu kerja tamat. Nak teman aku katanya. Alang-alang boleh balik kerja sekali. Aku boleh bayangkan betapa tenangnya pejabat Han dengan ketiadaannya.

Berbeza bila dengan aku, Han sebenarnya seorang tegas bila bekerja. Walaupun dia nampak macam rileks je.

"Afzan half Melayu. Cane half American. Tapi darah Italian still pekat sebab mendiang ibu dia keturunan Italian-Amerian."

Aku tahu semua ini pun sebab atuk mereka memang rajin bercerita. Jadi aku dengarkan sahaja. Lagipun menarik juga untuk tahu salasilah keluarga orang lain. Memandangkan tiada siapa yang tahu untuk menceritakan tentang keluarga aku sendiri.

Hanya aku yang tinggal. Kalau aku tiada anak untuk menyambung legasi, keturunan keluarga aku memang akan berakhir dengan aku.

"Kenapa muka sayang macam sedih je ni? Hmm?"

Kereta baru sahaja masuk ke perkarangan rumah. Han memalingkan badan memandang aku. Senyumannya penuh memahami. Matanya penuh kasih sayang. Mata aku yang terasa sedikit basah aku kerdipkan laju. Nak mengelak dari tenggelam dengan emosi lagi.

Perlahan aku menggelengkan kepala sebelum senyum nipis.

"Tak ada apa lah."

Han jelas tidak percayakan aku. Dia merenung aku lama.

Tangan aku diraih dan dibawa ke bibirnya. Hangat bibirnya mengucup tapak tangan aku. Matanya merenung aku tepat. Perlahan kerdipan matanya membuatkan aku terpaku sesaat.

Laju mata aku terkerdip dengan tingkah menggoda Han. Bibirnya singgah di tapak tangan aku sekali lagi dan lagi sekali sebelum dia bersuara.

"Betul ni? Kita kan dah janji untuk kongsi semua cerita?"

Suara Han lembut bila dia membawa tangan aku ke pipinya pula. Dilekapkan di situ sebelum dia menggesel pipinya lembut.

Walaupun aku ada banyak soalan terutamanya kenapa suami aku jadi macam kucing Parsi tapi tak dapat dinafikan aku memang tergoda sekarang. Han buatkan aku rasa nak terkam dia. Sila salahkan hormon ibu mengandung dan si penggoda ni.

Bahaya betul suami aku ni. Bahaya.

"Sayang...?"

Aku menarik nafas berat sebelum menggelengkan kepala.

"Sayang cuma teringatkan atuk diaorang. Ramah dan rajin bercerita pasal salasilah keluarga. Tapi sayang tak ada semua tu. Tak ada siapa lagi yang boleh nak bercerita pasal salasilah keluarga sayang. And I don't even know anything much about my own family."

Akhinya aku mengalah dan beritahu semua yang bermain didalam kepala aku tadi. Han tidak mendesak lagi dan menarik aku ke dalam pelukannya. Menggosok belakang badan aku dengan lembut.

"Kita akan ada keluarga kita sendiri. Sayang dan biy boleh ceritakan kepada anak-anak kita semuanya tentang keluarga kita. Sayang ada biy dan biy ada sayang."

Rasa sedih aku hilang terpujuk dengan kata-kata Han. Aku ketawa perlahan mendengar ayat 'anak-anak kita' dari bibir Han.

"Anak-anak eh?"

Aku renggangkan pelukan cukup-cukup untuk memandang wajah Han. Dengan yakin dia mengangguk.

"Sayang tak yakin dengan kekuatan biy?"

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now