BAB 46

773 34 0
                                    

"Betul ni sayang tak payah ikut?"

Han mengangguk dengan yakin.

Dia nampak segak malam ini. Suit hitam yang aku tempah khas untuknya membuatkan Han nampak begitu tampan. Warna-warna neutral sentiasa sesuai dengan Han. Hmph, tapi kalau ikutkan dia ni semua warna pun sesuai.

Berbeza dengan aku. Tak tahu la kenapa tapi warna hijau avocado memang sangat tak sesuai dengan aku. Itu belum lagi kalau warna coklat. Langsung tak kena.

"Sayang kan tak berapa sihat. Hidung pun masih merah lagi. Suhu badan sayang pun kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Muka sayang pun masih nampak pucat. Sayang kena berehat betul-betul."

Dengan lembut Han memimpin aku untuk duduk diatas katil.

Memang sudah dua tiga hari aku tidak sihat. Kata doktor, tak ada apa yang bahaya tapi untuk langkah berjaga-jaga, aku dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti luar. Takut berjangkit dengan apa-apa.

"Cepat biy tunjuk muka, cepat biy boleh balik."

Kata-kata Han membuatkan aku tersenyum sendiri.

"Mana boleh balik cepat sangat. Bukan ke waktu macam ni lah biy boleh tambahkan networking?", ujarku.

"Rasa macam dah cukup je apa yang ada ni?"

Bila aku mengecilkan mata, Han ketawa besar.

"Bit gurau je. But I'm being serious, okay. Apa-apa jadi, terus call biy. Benda kecil sekali pun, call me."

Han sedaya upaya buat muka serius dengan kerutan diantara keningnya. Aku mengangguk faham.

Tangan Han naik mengusap pipi aku dengan keluhan keluar dari bibirnya.

"I really don't want to leave you alone."

"I'm not alone. Mummy kan ada. Makcik Emma pun ada."

Mummy dan Makcik Emma dah siap buat rancangan bila Han cakap yang dia kena keluar malam ini. Rancangan masak-masak sebab aku teringin nak buat biskut dan mummy pula nak buat kek untuk dibawa ke kelas mengaji dia esok.

Han mengangguk perlahan tapi dia masih nampak susah hati.

"Anything, call me."

Aku angguk.

"Anything.", tekan Han sekali lagi.

Aku ketawa perlahan, "Anything? Walaupun sayang cuma nak pesan belikan aiskrim ke apa ke?"

Han mengangguk dengan wajah serius, "Especially that. Biy nak jadi yang pertama belikan apa yang sayang mengidam kali ni."

Ketawa aku terlepas lagi.

Han masih ingat benda yang terjadi bulan lepas nampaknya. Selama ini Han asyik bertanya kalau aku ada mengidam atau nak apa-apa. Bersungguh dia nak belikan atau cari apa sahaja yang terlintas didalam kepala aku. Nak rasa pengalaman begitu lepas Nazim bercerita pasal Marissa yang mengidam macam-macam masa mengandung.

Tapi memang aku tak mengidam langsung.

Sampailah bila Han kena ke luar negara sebab bisnes dan aku tiba-tiba mengidam nak makan buah laici. Mummy yang mencarikan untuk aku. Lepas tu, aku teringin nak makan nasi Arab. Zaril pula yang bawa aku masa dia balik ke Malaysia untuk cuti.

Bila Han balik, aku dah tak mengidam apa-apa. Frust Han bila aku cakap tak ada apa dah yang aku teringin.

Aku betulkan letak tali leher Han sebelum merehatkan tangan didadanya.

"Bila sayang mengidam apa-apa je, sayang akan terus call biy. Okey?"

Senyuman Han melebar. Hailah suami aku ni. Benda yang kecil pada aku sangat besar dan sudah cukup untuk menggembirakan dia.

Tangan aku digenggam dan dahi aku dikucup.

"Biy pergi dulu."

Aku angguk, "Have fun! Jangan buat muka garang sangat."

Han ketawa dan mengangguk.

Selepas Han pergi, mummy dan Makcik Emma terus tarik aku masuk ke dalam dapur. Memulakan rancangan memasak. Kek mummy siap dengan jayanya dan aku pun berjaya buat biskut yang aku mahukan.

Lepas siap susun semua biskut ke dalam balang, barulah aku teringat nak tengok jam. Lama juga kami buat biskut dan kek sampai tak perasan masa dah berlalu. Sebelum aku cakap, mummy sudah bersuara terlebih dahulu.

"Eh? Dah masuk pukul 12?", mummy berkerut sebelum menyambung, "Han belum balik lagi kan? Ke mummy yang tak perasan?"

Aku geleng kepala, "Han belum balik lagi, mummy."

Kerutan dahi mummy bertambah dalam. Lama dia diam sebelum kembali bersuara.

"Pelik. Dia tak pernah keluar selama ini kalau pergi majlis apa-apa. Dia bukannya boleh tinggalkan Helena sekejap. Macam cacing kepanasan dia nak balik."

Nazim dan Marissa juga cakap benda yang sama bila mereka bertiga pergi ke majlis alumni sekolah menengah mereka beberapa bulan yang lepas. Han asyik mengerling ke arah jamnya. Bila ditanya, dia akan jawab sejujurnya. Yang dia tak nak tinggalkan aku lama-lama. Risau kalau ada kecemasan dengan aku dan kandungan aku.

"Mungkin dia catch up dengan kawan-kawan bisnes? Tak perasan dah tengah malam?"

Aku cuba nak sedapkan hati mummy tapi hati aku sendiri rasa tak tenteram. Di mana Han?

"Betul juga kata Helena tu. Dia tak perasan lah tu."

Makcik Emma juga ikut cuba mententeramkan hati mummy dan dalam masa yang sama dia memberikan isyarat menyuruh aku telefon Han. Sementara aku call Han, Makcik Emma menarik perhatian mummy kepada kek yang belum dipotong.

Deringan berlalu. Ini kali ketiga aku hubungi Han. Tak pernah lagi dia buat begini. Langsung tak ada mesej untuk memberitahu apa yang berlaku. Aku mula rasa semakin tak sedap hati. Moganya tak ada benda buruk yang terjadi. Kehidupan kami begitu aman sejak kebelakangan ini.

Jangan lah semua itu cuma tenang sebelum ribut.

FATE //COMPLETED//Where stories live. Discover now