"Sayang tahu tak sayang nampak makin berseri dari hari ke hari?"
Automatik mata aku mengecil. Renung Han tanpa berkerdip. Dah kenapa dengan suami aku ni? Nampak aku terus nak memuji?
Han ketawa melihat reaksi aku. Bersahaja tapi cepat sahaja dia sampai disebelah aku.
Dua tiga hari ni, entah kenapa lah balkoni ni menjadi tempat aku melepak. Memandangkan mummy sibuk dengan agenda sosial, aku melayan perasaan lah di sini. Sambil sambung baca buku yang dah lama aku simpan.
Dia serba salah nak tinggalkan aku sebenarnya. Tapi takkan aku nak biarkan mummy sentiasa ada dengan aku? Kasihan pula dengan mummy.
Jadi, bila mummy keluar, di sini lah tempat aku. Sambil melayan angin.
"Nak puji pun tak boleh ke?"
Han mengucup pipi aku sekilas sebelum menarik kerusi didepan aku dan diletakkan disebelah aku. Berlaga kerusi, barulah dia duduk. Memang takkan duduk jauh.
"Pelik je. Datang je terus puji?"
Han tayang gigi dengan wajah tampannya kepada aku.
"Kalau tak disebabkan sayang tak suka dipuji, hari-hari biy nak puji."
Aku tahan diri dari nak julingkan mata ke atas. Dia ni memang.
"Biy dah beli semua barang yang mummy pesan?"
Aku letak buku ke atas meja bila Han menghulurkan senarai barang. Sebelum mummy keluar, dia dah buat list barang apa yang dia nak Han cari.
"Dah. Cuma ada benda yang dah habis stok, biy ganti dengan benda yang lain."
Aku mengangguk-angguk sendiri.
"Tapi..", Han mengerling ke arah jam dipergelangan tangannya, "Lama mummy keluar hari ni? Dia jarang lah nak keluar sampai lima-enam jam."
Aku memeriksa telefon. Eh? Betul lah. Aku sendiri tak perasan akan masa.
"Mummy tak ada mesej sayang apa-apa. Biy?"
Han juga memeriksa telefonnya sebelum menggeleng.
Pelik.
"Maybe mummy tak perasan. Dia jumpa kawan lama ke kan?", ujarku.
"Mungkin juga."
Jawapan Han pendek tapi dia nampak tak senang hati. Jarinya laju menaip sesuatu. Ada kerutan halus didahinya.
Han baru nak letakkan telefonnya di atas meja bila telefonnya berbunyi.
"Hello? Jumpa?"
Jantung aku mula berdegup sedikit laju.
Han senyap. Kerutan didahinya semakin dalam. Aku tahu ini mesti berita yang tak menyenangkan. Tapi walaupun wajah Han nampak tegang, jawapannya tenang.
Bila Han mematikan panggilan, dia mengambil nafas berat. Bagai cuba menenangkan diri.
"Biy akan minta tolong Rosie datang ke sini untuk teman sayang. Maybe Marissa sekali. Dia je yang ada di Malaysia sekarang kan?"
Tangan aku laju menyentuh lengan Han.
"Kenapa, biy?"
"Mummy got into an accident."
"Apa??"
Han nampak semakin tegang.
"Tak teruk. Tapi masalahnya sekarang.. ambulance yang bawa mummy ke hospital dah hilang. Mereka tak sampai ke hospital dan dah masuk sejam."
Emosi yang ada diwajah Han mula bercampur baur.
"Pergi cari mummy, biy. Just go. Sayang tunggu biy balik dengan mummy."
ANDA SEDANG MEMBACA
FATE //COMPLETED//
RomanceHelena Fatma tidak pernah menyangka yang lelaki sesempurna Han Ilham boleh menyatakan perasaan untuknya. Han Ilham yang tampan, baik dan bijak. Mereka terlalu berbeza. Dari segi status terutamanya. Tetapi bila dengan Han, Helena merasakan harinya le...
