BAB 13

1.4K 62 3
                                        

"Sebenarnya kan.."

Marissa nampak serba salah nak meneruskan kata tapi bila aku mengangguk meminta dia meneruskan, dia menyambung dengan nada berhati-hati.

"Apa yang jadi lepas kita keluar dewan exam dulu? Aku tak pernah nampak Zaril semarah itu.", sambung Marissa.

"Kalau kau tak nak cerita, kami faham.", laju Zarina menambah.

Tanpa sedar, aku mengeluh perlahan. Selepas kali terakhir itu, memang aku tak pernah menceritakan apa yang terjadi kepada sesiapa.

PNampaknya Zaril juga zip mulutnya rapat. Sampaikan Zarina pun tak tahu. Setahu aku, jarang sekali Zaril berahsia dengan Zarina. Selalunya apa jua cerita akan dikongsi bersama.

"Masa aku tunggu kau, Marissa dengan Dinda dekat luar, Aliya tiba-tiba muncul dengan gengnya. Bercakap pasal cincin berlian yang lelaki tu hadiahkan sempena perkahwinan diaorang.", aku masih tak sanggup nak sebut namanya secara terus.

Marissa dan Zarina mengangguk. Faham dengan siapa yang aku maksudkan.

"Aku tak peduli pun. Lepas apa yang jadi, cukup-cukup lah. Tapi..", aku mengambil nafas berat, "Dia macam sengaja nak torture aku. Bukan sekali tu dia bercakap pasal perkahwinan dia dengan lelaki tu. Bila aku terserempak dengan dia dekat kafe, dekat dewan. Almost everywhere."

"Bila dia tiba-tiba menyindir aku dan cakap aku perempuan tak tau malu nakkan suami dia whatever, Zaril datang dan sergah diaorang. Takut agaknya, Aliya dengan geng dia terus pergi. Tiba-tiba lelaki tu pulak datang. Nak bercakap dengan aku. Tapi aku cakap tak nak. Zaril pujuk aku minta bertenang dan let it all out. Minta aku dengar apa yang lelaki tu nak cakapkan untuk kali terakhir. Jadi, aku pun mengalah."

Zarina mengecilkan matanya dengan muka geram, "Adik aku ni kekadang kurang cerdik. Sorry, Helena."

Aku senyum sebelum menggelengkan kepala, "Dia tolong aku lepas tu. Terharu juga lah aku."

Aku tarik nafas dan menyambung semula cerita yang tertangguh.

"Lelaki tu merayu dan suruh aku tunggu dia. Jangan date mana-mana lelaki dan stay tunggu dia. Dia akan selesaikan semuanya untuk dapatkan aku semula macam mana cara sekali pun. Dia minta masa tiga tahun untuk dia uruskan semuanya.", aku menyambung.

Mulut Marissa dan Zarina sama-sama melopong.

"What the f-?!"

Hampir sahaja Marissa mencarut sebelum aku tekup mulutnya dan mengisyaratkan perutnya.

"Tak apa, baby faham.", Marissa menjawab dengan muka penuh geram sambil mengusap perutnya.

"Dia cakap macam tu? Suruh kau tunggu dia tiga tahun? Stay single sementara dia berseronok dengan isteri dia? Macam tu?"

Zarina menggelengkan kepala sambil berpeluk tubuh. Nada suaranya sarat dengan rasa kecewa.

Aku angguk. Aku juga memikirkan benda yang sama. Dia mahukan aku setia dengannya sedangkan dia punya isteri yang halal untuknya berbanding aku yang cuma kekasih.

"Zaril terus potong dan marah lelaki tu. Aku ingat lagi apa yang Zaril cakap. Dia cakap kalau betul lelaki tu sayangkan aku, itu bukan caranya. Aku bukan barang, aku manusia. Apa hak dia nak suruh aku tunggu sesuatu yang tak pasti?", sambungku lagi.

Zarina senyum puas hati, "Bijak adik aku ni."

"Dan akhirnya aku tahu juga apa sebenarnya yang jadi. Dalam pada Zaril berlawan cakap dengan lelaki tu, semua cerita terbuka."

Aku mengeluh perlahan. Semuanya masih melekat dalam kepala.

"Dia dan Aliya memang dah ditunangkan sejak kecil. Memang dah set date untuk kahwin as soon as habis belajar. Dia memang tak boleh tolak sebab family dah mula buat preparation sejak diaorang masuk uni lagi."

FATE //COMPLETED//Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang